Thursday, June 11, 2009

HD Make up - Orang Putih(Caucasian)

Salah satu tugas harian saya distudio kami sentiasa bersedia menghadapi kerenah dan menyelesaikan segala masalah mendatang mengenai Solekan dan Pakaian Penyampai Berita yang datang dari berbagai latar belakang dan bangsa..... Dan "expectation" (harapan) mereka memang tinggi, jadi sentiasa sedia dan kena banyak mendengar juga peka dengan kehendak mereka.... Tercabar juga lah...Tapi Alhamdulilah semua nya ok setakat ini....



Kali ini saya hendak berkongsi pengalaman tentang HD MAKEUP UNTUK ORANG PUTIH (Mat salih la...). HD tu bermaksud High Definition (baca balik entry saya tentang Air Brush Make up)


Selepas kita menyapu concealer pada bahagian kulit yang perlu terutama nya dibahagian bawah mata, kita bolih meneruskan dengan menyembur base makeup kita dengan Air Brush Gun....Penting sekali untuk base ini kelihatan natural sahaja.



Juga di bahagian leher dan dada supaya tidak nampak berbeza dengan muka..



Selepas itu, ratakan pada bahagian2 yang tersorok dengan berus seperti dicelah kelopak hidung juga dibawah mata. Kerana semburan air brush kadang kadang tidak rata di kulit yang berkedut, jadi sentiasa melatih diri untuk bersedia dengan semua kemungkinan............


Guna Span tiga segi untuk merata kan "shading" di jambatan hidung dan tulang pipi, jangan terlalu tebal kerana kamera HD akan merakam garis garis kasar dengan jelas sekali.



Kemudian kita bolih mulai menyapu bedak asas atau bedak serbuk(losse powder), untuk Laura saya menggunakan BOBBI BROWN Compact powder kerana bedak nya sangat halus dan sangat sesuai dengan Silikon Base yang saya gunakan tadi.



Saya rata kan lagi menggunakan berus yang lebih besar..



Saya juga menggunakan BRONZE MAC, Mineralize Skinfinish warna warmed untuk menghasilkan kesan natural dan hidup...



Kemudian bolih lah kita meyolek , ikut apa yang kita rasa sesuai tapi jangan terlalu tebal ya,,...seperti apa yang saya kata kan tadi.


Laura sudah bersedia di Studio Rakaman, selalu nya saya akan biarkan beliau memasang microphone dulu, dan selepas itu baru lah saya touch up balik solekan nya..Kalau ada yang perlu ditambah.......



Untuk berkerja dengan Penyampai Berita Antarabangsa ini kita kena selalu peka akan keperluan mereka semasa Berita keudara (LIVE) juga. Mereka sangat penting kan imej dan keselesaan..




Ini lah dia Laura Kyle dengan solekan yang nampak natural sekali untuk HD Kamera.






No comments:

Post a Comment

 
Another Blog Designed & Created By norkhairi
© All Rights Reserved