Dan apa yang saya jangkakan menjadi kenyataan....Satu satu nya anak lelaki saya sudah mula menunjukkan minat nya dalam bidang seni, walau pun hanya bermain Kompang... Saya tidak pernah mengalakkan mahu pun menghalang tapi ... tentu lah saya memberi dorongan kerana memahami akan kehendak jiwa nya kerana saya pernah berada dalam situasi sama semasa kecil dulu hanya beza nya tiada yang mengalakkan, syok sendiri je.....dan berusaha sendiri je..nasib baik lah menjadi...
Rizal Azizi bersungguh nampak nya walau pun panas terik, "Bukan senang nak mendalami kesenian tu....Anak ku"
Hanya kesabaran dan kesungguhan yang akan memancar kejayaan.
Jangan berharap pada ganjaran kerana ia nya akan datang kemudian...
dianggotai oleh anak anak penduduk Kawasan Blok 29,Green Valley Park,
Bandar Tasik Puteri.........
Ini tengah mengumpul dana lah agak nya.
Saya selalu ingat kan anak anak saya bahawa apa aje yang kita suka lakukan,
mesti lah dengan bersungguh sungguh.....kerana kita akan rasa puas dan lega,
berjaya ke tidak itu kita fikir kemudian....
renjis2 dipilis, sekapur sireh, Pengantin Bersanding dan Zapin Gambus....
Apa yang saya perhatikan Rizal juga minat menyanyi, senang je kalau menghafal
lagu tu......
Yang berbaju belang itu lah guru nya...Encik Malik, terima kasih buat Encik Malik kerana usaha beliau dan sudi berkongsi ilmu dengan anak saya...Dan saya selalu melihat
ianya dari sudut positif dengan menyertai kumpulan ini...anak saya dengan tidak
secara lansung nya akan belajar sesuatu yang berguna dalam kehidupannya......
KERJASAMA, BERDISPLIN, KESUNGGUHAN DAN
MENYAYANGI BUDAYA NENEK MOYANG NYA....
Assalammualaikum, Saya tgh carik kanak2 men kompang sempena kenduri kawen kakak saya bulan jun ni kat BTP fasa 2.. macamana nak hubungi org yg in charge group kompang ni ye?
ReplyDeleteBoleh e-mailkan saya no org yg incharge tak? kalau en Azman tau.. hee.. Terima Kasih..
yoyonurul@yahoo.com
Yoyo, terima kasih kerana menjenguk Blog saya...Maaf sangat kerana kumpulan ini telah berhenti buat sementara..kerana jurulatih nya sibuk ngan kerja..kalau ada apa2 lagi yg perlu untuk majlis kakak awak ini, jangan lupa kami di "DEWI KASTURI"..add me at my FB Azman RazaliRazali..tq
ReplyDelete