Ringkas je design nya, dengan mengikut budget yang diberi..
Bahan bahan asas nya adalah reben kertas dan bunga kain Tiruan...
Untuk naikkan seri nya, ditambah pula reben organza warna warni, juga juntaian manik kristal.
Memandangkan Bunga Telur ini akan dibuat sendiri, jadi dengan sukarela nya kami adik beradik turun padang untuk membantu....Kakak saya Anjang dan Uda lah menjadi pengerak nya, "Orang Kuat" kata kan... memang lah menjadi kenangan abadi buat kami,, terutama nya si bakal pengantin.... NANA. Kerana dia pun terpaksa turun padang.... sambil melayan kerena kami ni Pak Cik dan Mak Cik beliau..
Ini lokasi nya,, di rumah bakal pengantin sendiri, bergotong royong sambil mengeratkan silratulrahim adik beradik... Nana dah buat persiapan untuk membina hidup baru bersama Sang Suami dengan membeli apartment ini....pandai anak sedara ku merancang..
Ini pula dirumah kakak saya.,, Hazmah..
sibuk saudara mara membantu mengisi telur, sampai ke pukul 2 pagi la operasi ni... sehari sebelum malam penikahan Nana...
Ini contoh contoh bunga telur yang dah siap, Boleh tahan jugak kan!!! tak sangka akhir nya siap jugak, walau pun sikit demi sedikit buat nya..Setiap hujung minggu selama 2 bulan lebih.....
Setelah siap digantung kan pulak ia pada dahan2 bunga emas ini, ini pun satu rekaan terbaru dari saya, yang di tempah khas...Dari kawan saya Mokthar, yang juga mempunyai kedai di Puchong..
Cantik kan???..lain dari lain
Pada 1 Mei 2010 yang lalu, bunga2 telur ini menjadi buah tangan pada tetamu yang hadir untuk majlis persandingan Nana dan Suami nya "Bai", puas hati sangat kerana tetamu tersenyum berlenggang pulang dengan bunga telur di tangan...yang akan menjadi kenang kenang.......
No comments:
Post a Comment