Pelamin memang saya rekakan ia polos dan cerah, supaya Kedua mempelai nampak terserlah tidak tenggelam dek pelamin yang sarat warna nya..... Dan dilakari dengan bunga2 tiruan berwarna pink supaya ia kelihatan manis dan sedondon.....
Fida semasa majlis Akad Nikah nya, berpakaian Kurung moden Les Korea berwarna "Gading Gajah". Sederhana sahaja....
Unik pakaian ini kerana Jo memakai warna baju yang kontras dengan Songket sampin dan Tanjak nya, untuk diselarikan dengan pakaian Fida........ Pakaian pengantin lelaki di jahit oleh Kak Comel (sudah 27 tahun saya mengenali Kak Comel) dan pakaian pengantin perempuan dijahit oleh Syahrir Nurdin....
Fida semasa majlis Akad Nikah nya, berpakaian Kurung moden Les Korea berwarna "Gading Gajah". Sederhana sahaja....
Gambar yang unik ini dirakamkan dipekarangan Mesjid DiRaja Bandar, Banting. Cantik kan? Beruntung mereka kerana rumah mertua saya terletak di kampung tersebut, Kg. Bandar.....
Mesjid tertua di Selangor ni, tidak salah saya adalah mesjid pertama dibina di Selangor oleh Almarhum Sultan Alaeddin....
Fida dibilek peraduan pengantin, saya dirikan bingkai yang dibaluti dengan kain berwarna krim untuk dijadikan "backdrop"dan dihiasi dengan bunga2 hidup yang berasaskan warna pink.
No comments:
Post a Comment