Wednesday, April 22, 2009

BILA MAMA PAKAI CELANA - Cerekarama Hari Ibu

Baru baru ini saya berkesempatan turun padang, membantu Fauziah Dato Ahmad Daud (Ogy) dalam Styling make up dan pakaian nya untuk Cerekarama "Bila Mama Pakai Celana", rakamannya di buat di sekitar Bukit Lanjan dan Shah Alam. Untuk siaran pada Hari Ibu di TV3. Seronok juga kerana sudah lama saya tidak berkesempatan untuk terlibat dengan production drama, mungkin sudah lebih 6 tahun.. nasib baik jaga Ogy je..kira tidak lah terkejar kejar.. Terkenang zaman saya buat freelance dulu. Pukul 2 ke 3 pagi baru sampai rumah....
Cerekarama ini berkisar pada cerita sebuah keluarga berjaya. Watak utama ialah Azura(Ogy) yang terasa diri nya dipinggirkan oleh anak anak.. tapi itu hanya nya salah faham. Ending cerita ini memang sedih, kami yang di set pun berlumba lumba menangis... tak tahan u..
Baik di tonton seisi keluarga, jangan miss!!


Salah satu babak dalam cerekarama ini, bertekak Mama dan anak


Ini lah dinama kan PRO, bagaimana mereka dapat menjadi serasi sebagai suami isteri.. walau pun sebenar nya AKAK kita memang dipanggil Kakak oleh Arash diluar set... umur tidak menjadi faktor untuk menjiwai watak.


Akak Ogy kita.... mantap lakonan nya, rugi kalau tak tengok cerekarama ini


Azura mencari gameboy untuk Najib...



Dia buat lawak dah... sabar G..




Nora Danish pun turut berlakon... sebagai anak yang sulung.

2 comments:

  1. dis was a great drama

    syg ditayangkan tatkala AIM& AF

    Karl dpt tgk 1jam terakhir je

    ReplyDelete
  2. terima kasih Karl kerana menjenguk blog saya ini, setuju dengan pandangan anda tapi itu lah lumbrah nya ..apabila peniaga bersaing.

    ReplyDelete

 
Another Blog Designed & Created By norkhairi
© All Rights Reserved