Wednesday, May 6, 2009

BELLE - Pakaian formal dan pejabat

Hari Isnin lepas saya menjenguk dan berkunjung ke Butik BELLE lagi, kali ini mereka membantu saya sekali lagi menaja Ogy Ahmad Daud untuk watak terbaru beliau dalam Telemovie "Kerana Kasih" untuk TV3. Untuk kali ini saya hanya membantu mencari Penaja pakaian sahaja untuk beliau........Butik BELLE telah lama membantu saya dalam kerja kerja saya yang lepas. Seingat saya lebih dari 10 tahun mengenali mereka dan Pereka mereka Lee Khoon semasa itu masih Junior Designer tapi beliau sekarang sudah jadi sebahagian dari Pengurusan BELLE, setia betul dia ni.....



Dalam Telemovie ini Ogy akan memegang watak Aida, seorang janda beranak tiga yang berjaya dalam kerjaya nya, tapi tidak kesampaian cinta kali kedua nya. Beliau memilih kehendak anak anak dari perasaan Cinta nya sendiri...Sedih jugak cerita nya kerana ia nya berkisar tentang pergolakan perasaan Aida dengan anak anak nya.



Nanti ada kelapangan...... saya akan sambung lagi cerita di belakang tabir pengambaran ini





Ini lah Butik BELLE di Alfa Angle, Wangsa Maju




Antara Koleksi yang terdapat disini




Dengan potongan pakaian nya yang simple dan harga nya berpatutan.
Membuatkan Belle popular dikalangan pekerja2 pejabat dan wanita2
bekerjaya yang berimejkan "Bersih"

Sofia...yang sentiasa ceria melayan kerenah saya...



Seorang lagi pembantu di Butik Belle, orang Sarawak ni....Emmi.
Dia berada di sudut pakaian Plus Size, Ini adalah prodak terbaru Butik ini,
Khas buat wanita yang berbadan besar..............





No comments:

Post a Comment

 
Another Blog Designed & Created By norkhairi
© All Rights Reserved