Saya gembira dan bersyukur dengan apa yang ada..... juga segala anugerah kurnian NYA kepada saya, yang selama ini saya kongsikan bersama dengan yang perlu... walau pun ada yang tidak mampu untuk diteruskan kerana faktor masa dan tumpuan pada keluarga juga beban kerja..tetapi ia nya tidak akan sesekali saya tinggalkan ..akan saya teruskan. Hanya menunggu masa yang sesuai dan benar benar bersedia kerana ia bukan pekara main main, kerana ia memerlukan satu lagi pengorbanan yang akan melibat apa yang saya katakan tadi.......
Misal nya minat saya terhadap Budaya Melayu, terutamanya Seni Persembahan(Tari) tiada dua nya, masih tersemat di hati dan mengalir di jiwa, kerana ia pernah singgah dan menjadi makanan harian saya. Bagaimana dapat saya pisah kan ia dari saya kerana ia nya sudah menjadi sebahagian dari kehidupan .. seperti pasangan bercinta, BERPISAH BUKAN NYA BERCERAI.....
Nanti kalau ada kelapangan akan saya bercerita lanjut akan penglibatan saya dalam bidang yang saya kasihi ini......SENI TARI
No comments:
Post a Comment