Tuesday, May 5, 2009

Libur 'Padat' - 30 - 3 April 09

INI BUKAN AYAM MASAK LOMAK CILI API ??

TAPI....INI LAH MASAKAN ISTIMEWA ORANG MINANGKABAU

"KALIO AYAM DENGAN KENTANG"

Nanti saya ceritakan apa kena mengena Libur saya dengan masakan ini dan resepi nya sekali pada penghujung catatan saya.....





LIBUR 3 - Banting
Dari hari Sabtu saya di Banting, kampung halaman isteri saya.... dalam perjalanan ke Kampung Bandar, Banting. Saya terlihat banner dikiri kanan jalan berkenaan "Paragliding Accuracy World Cup" menarik jugak ni.... sebab tidak pernah melihat secara langsung..Acara ini bermula dari hari jumaat hingga ke hari Ahad. Jadi saya ada masa terluang pada hari Ahad, pada hari itu saya dan anak anak saya juga adik ipar saya Din dan anak anak beliau pergi lah ke Bukit Jugra, tempat lokasi nya Acara tersebut. Kami bertolak dari Kg. Bandar pada jam 10.30 pagi, lebih kurang 10 minit perjalanan sahaja.......




Dikaki Bukit Jugra telah menunggu bas bas yang dipajak, untuk membawa pengunjung ke Padang Sasaran.




Anak saya Safiea bersama sepupunya Adelin




Seronok betul budak budak ni......naik bas free ya..
Ia lah ini baru kali ke tiga menaiki bas bagi anak anak saya...



Tapak Lokasi nya




Peserta masih 'memanaskan badan'




Kami hanya dapat menyaksikan aksi aksi ini sahaja..kerana masa tidak mengizinkan, dan terlalu lama menunggu..lebih 2 jam menanti untuk para peserta terjun dari Bukit Jugra (Kalau diperhatikan dengan teliti didalam foto diatas kita bolih lihat sebuah Rumah Api diatas bukit, disitu lah penerjunan bermula) tapi tidak juga bersedia....Keadaan angin juga menjadi faktor utama,jadi mereka ini akan mula beraksi apabila keadaan angin yang sesuai...







LIBUR 2 - Makan malam Ulang Tahun Perkahwinan "Sempoi je"
Pada Jumaat malam itu pula saya sudah berjanji pada isteri dan anak anak untuk makan malam bersama, bersempena ulang tahun Perkahwinan yg ke14...selalunya macam ni lah, tidak ada sambutan yang gah, hanya anak beranak keluar makan2 je... less is more..


Kali ini kemana? sebenar nya pun tak tau nak kemana.....akhir nya kami keluar dari Rawang menuju ke KL... saja...sambil menuju ke KL tu baru lah terfikir kemana hala tuju, jadi ke Kampung Baru lah,,, sebab banyak pilihan dan santai......

Jalan je....sambil sambil berfikir kemana nak makan


Teruja betul budak budak ni, makan angin kata kan....Tapi
kejap je.....lepas 10 minit semua nya dan ketiduran..dah malam pun


Selepas berpusing pusing mencari, sebulat suara nak makanan Western.
Jadi singgah lah kami ke "Chop n Steak" kat Jln Raja Uda, Kg. Baru...


Pengkalan Jati Bot(ala ala) ini menyambut kehadiran kami sekeluarga..



Ok juga konsep nya....menarik


Masih menggantuk ke? dah tak bolih senyum dah...
Ijal dok fikir apa lagi nak order ya....




Anis dah tak kesah dah..sambung tidur dimeja makan..
Tadi semasa mula bertolak bukan main lagi....semangatnya


Icha siKak Long... dengan Chicken chop nya, bolih tahan sedap sos nya.




Ijal dah bolih senyum dah......makanan kegemaran katakan




Anis siBongsu, pun dah bangun tetap dengan menu utama dia, kentang goreng dan nuggets.
semua nya nampak puas hati...bolih lah datang lagi. Harga makanan disini pun berpatutan...







LIBUR 1 - Di kediaman Lily Farhani
Pada hari Jumaat saya ada temu janji dengan Madno (pereka blog saya ini) di rumah adik isteri beliau (Lily Farhani adalah adik kepada Anna Mafiza, isteri Madno dan kedua mereka adalah anak kepada kakak saya...Hajah Fauziah) Selain dari berbincang dengan Madno tentang Blog saya ini kami juga mengambil peluang untuk berjumpa sambil mengeratkan silatulrahim memandangkan sudah lama tidak berjumpa, akhir sekali semasa Madno dan Anna bertandang kerumah saya selepas bergelar suami isteri pada Disember yang lalu..
Saya mendapat satu kejutan pada hari tersebut, dengan kehadiran Kakak (Anjang) saya dari Bangi. Beliau dengan dibantu oleh Lily juga telah memasak gulai kegemaran saya iaitu "Kelio Ayam dengan kentang"..... sedap nya tidak terkata, rasa nya sama je seperti Arwah Ibu saya yang masak... "Kemana tumpah nya kuah, kalau tidak ke nasi".... terlepas lah satu kerinduan..... Anjang dan Angah saya memang pakar kalau memasak masakan masakan Minang ni, saya memang selalu kagum dengan mereka kerana tidak pernah lupa susur galur keluarga dan mempergunakan segala kenangan mereka itu untuk hari dan masa sekarang. Dan saya menumpang lah sekaki.... Bercakap mengenai susur garul keluarga ini , seingat saya keluarga Bapa saya berasal dari "Batang Kapeh" dan keluarga sebelah Ibu saya berasal dari "Pariaman" kedua nya dari Tanah Minangkabau, Sumatera Barat.
Gulai Kelio ini juga diiringi dengan Sambal tumis Udang/petai, Goreng berlada tempe dan kentang dan Cencaluk cili/bawang.... memang terbaik lah.. hingga menjilat jari,,tapi agak malang kerana saya terpaksa berhati hati dengan permakanan saya.......kerana penyakit Gout saya, tertekan betul.....sabar je lah..

Muah...... tak tahan godaan nya, Kalio Ayam,Sambal Tumis Udang/Petai,
Goreng Berlada Tempe/kentang dan Cincaluk


Cincaluk ditambah bawang dan cili Api


Goreng berlada Tempe dan Kentang


Sambal Tumis Udang dan Petai



Lily Farhani dengan persembahan nya.....


Tak puas hati lagi.....sudut lain pulak. Awak tetap "Mama Glam"


Kekanda saya yang sentiasa meriah,......Hajah Fauziah (Anjang)



Tidak ketinggalan Cucu Cucu Saudara saya yang comel,
anak anak kepada Lily Farhani dan Mukriz.........
Zulaika dan Maisara




Istimewa buat semua yang berminat, ini lah resepi keluarga kami "Kelio Ayam dengan Kentang" yang telah dijanjikan awal tadi..
BAHAN BAHAN NYA :
- Satu ekor ayam (dipotong 16 )
- Santan pekat (dari dua biji kelapa)
- Kentang x 4 biji (yang sedang besarnya)
- Serai x 2 batang (diketuk sedikit)
- Daun kunyit x 2 helai
- Daun Limau purut x 3 helai
- Kerisik (dari 1/2 biji kelapa)
- Asam keping x 2 keping
Bahan bahan yang perlu dikisar -
- Cili kering + cili api (pedas nya mengikut selera)
- Lengkuas (1 inci)
- Halia (2 inci)
- Kunyit hidup (1 inci)
- Bawang putih (3 ulas)
- Bawang kecil/merah (8 ulas)
Cara memasaknya :
Masukkan ayam bersama bahan kisar tadi berserta 2 cawan air kedalam periuk, dan dimasak sehingga air nya kering sedikit.......
Setelah itu masukkan pula santan pekat tadi, selepas 5 minit masukkan serai, daun limau purut, daun kunyit, asam keping dan kentang.... dengan api yang tidak terlalu besar, kacau perlahan dipermukaan gulai supaya mengelakkan dari santan berketul (pecah minyak)
Apabila kentang empuk dan gulai mula mendidih, masukkan pula kerisik...kacau perlahan lahan hingga rata....
Tambah garam dan tunggu seketika, apabila naik baunya maknanya gulai itu sudah masak, bolih lah dihidangkan.......
Selamat mencuba dan sambil menjamu selera tu..hayati lah pantun Minang ini......
Cumpadak duo setali Tagantung di Balero
Kok andak datang kamari
Kok indak tahan salero....
*Kalau ada yang kurang faham, saya sedia membantu


No comments:

Post a Comment

 
Another Blog Designed & Created By norkhairi
© All Rights Reserved