Friday, July 17, 2009
KADANG KADANG
Jumaat yang lepas saya mendapat undangan ke Teater ''INTAN YANG TERCANAI" dari Fauziah Dato Ahmad Daud, kerana persembahan beliau itu juga memberi kan ilham untuk saya mengungkaikan kata kata hikmat ini....Ia nya lahir dalam keiklasan hati.......
Terima kasih G......

Kadang kadang....kita hanya sedar kuman nun jauh diseberang
Hingga lupa ada Gajah didepan mata....
Kadang kadang....kita meratap,menyesali hidup akan malangnya nasib
Hingga lupa ada nasib yang lebih parah...
Kadang kadang....gembira nya kita bagai tiada penghujung yang bernoktah
Hingga lupa tangisan sedih jua sebahagian hidup....
Kadang kadang....kita rasa keseorangan dengan beban yang menimpa
Hingga lupa ada rakan yang ingin membantu.....
Kadang kadang....hati kita bahagia dan berbunga bunga kerana Cinta
Hingga lupa ianya bisa layu dengan badai yang datang...
Kadang Kadang kita tercari cari NUR keimanan yang Azali
Hingga lupa ianya berada dalam diri.
Ada yang buat buat lupa
atau
menjadikan LUPA penyebab segala nya
Tuesday, July 7, 2009
DULU DULU - MASIH KAH INGAT
Dengan tidak sengaja, semasa saya mengemas album album lama... saya terjumpa keratan surat khabar lama ini...Rasa nya untuk tahun 1989 atau 1990. Saya terlibat untuk Program TV " Jejak Jenayah" arahan Haji Hashim, terbitan bahagian Berita TV3...... Kenangan mengusik jiwa gitu..
berkerja lebih kurang dua tahun di TV3, muda lagi masa tu......
muka Timbalan Ketua Polis weh!!!!!!
Ala..... Kompang Anak Ku
Masa berlalu... anak anak sudah mula membesar dan menampakkan minat masing masing pada bidang tertentu.. Dan sejak mereka kecil saya tidak pernah melarang apa minat mereka tapi tidak perasan pula ada yang berminat dalam bidang seni... Kerana bagi saya mungkin tidak sekarang.... tapi tidak mustahil pada masa akan datang kerana "Kemana Tumpah nya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi" hanya masa menentukan nya...
Dan apa yang saya jangkakan menjadi kenyataan....Satu satu nya anak lelaki saya sudah mula menunjukkan minat nya dalam bidang seni, walau pun hanya bermain Kompang... Saya tidak pernah mengalakkan mahu pun menghalang tapi ... tentu lah saya memberi dorongan kerana memahami akan kehendak jiwa nya kerana saya pernah berada dalam situasi sama semasa kecil dulu hanya beza nya tiada yang mengalakkan, syok sendiri je.....dan berusaha sendiri je..nasib baik lah menjadi...
Rizal Azizi bersungguh nampak nya walau pun panas terik, "Bukan senang nak mendalami kesenian tu....Anak ku"
Hanya kesabaran dan kesungguhan yang akan memancar kejayaan.
Yang berbaju belang itu lah guru nya...Encik Malik, terima kasih buat Encik Malik
Dan apa yang saya jangkakan menjadi kenyataan....Satu satu nya anak lelaki saya sudah mula menunjukkan minat nya dalam bidang seni, walau pun hanya bermain Kompang... Saya tidak pernah mengalakkan mahu pun menghalang tapi ... tentu lah saya memberi dorongan kerana memahami akan kehendak jiwa nya kerana saya pernah berada dalam situasi sama semasa kecil dulu hanya beza nya tiada yang mengalakkan, syok sendiri je.....dan berusaha sendiri je..nasib baik lah menjadi...
Jangan berharap pada ganjaran kerana ia nya akan datang kemudian...
dianggotai oleh anak anak penduduk Kawasan Blok 29,Green Valley Park,
Bandar Tasik Puteri.........
Ini tengah mengumpul dana lah agak nya.
Saya selalu ingat kan anak anak saya bahawa apa aje yang kita suka lakukan,
mesti lah dengan bersungguh sungguh.....kerana kita akan rasa puas dan lega,
berjaya ke tidak itu kita fikir kemudian....
renjis2 dipilis, sekapur sireh, Pengantin Bersanding dan Zapin Gambus....
Apa yang saya perhatikan Rizal juga minat menyanyi, senang je kalau menghafal
lagu tu......
kerana usaha beliau dan sudi berkongsi ilmu dengan anak saya...Dan saya selalu melihat
ianya dari sudut positif dengan menyertai kumpulan ini...anak saya dengan tidak
secara lansung nya akan belajar sesuatu yang berguna dalam kehidupannya......
KERJASAMA, BERDISPLIN, KESUNGGUHAN DAN
MENYAYANGI BUDAYA NENEK MOYANG NYA....
Subscribe to:
Posts (Atom)