Sunday, February 26, 2012

AYAM HITAM MASAK KANDAR - "Selera D' Rantau"

Di penghujung malam ..dengan cuaca sejuk di Doha ni kita panaskan dengan entry resepi "Ayam HITAM Masak Kandar" khas yang akan saya kongsikan bersama, yang istimewa nya resepi ni saya dapat dari Bapak Mertua saya, Encik Othman Mohideen...dengar nama pun pasti semua dah bolih agak apa keturunan Bapa mertua saya ini...Mamak tapi bukan Penang mari!! tapi Mamak Selangor..lahir di Banting...




Apabila bercakap pasal masakan stail mamak India ni..wajah bapa mertua saya akan sentiasa menjelma, sebab memang dia lah org yg bertanggung jawap mendekatkan saya akan masakan stail mamak India ini..memang kepakaran beliau tidak bolih di sangkal, bekas tukang masak Restoran Yassin, Jln Tuanku Abdul Rahman pada tahun 80an dulu...Kalau yang tau, Restoran Yassin ni famous dengan Nasi Beraini berempah nya..wangi dan sedap sangat...sempat lah saya merasa zaman tu...sekarang dah tutup..

Kalau nak tau geng geng tukang masak bapak mertua saya lah pencetus fenomena ke Restoran Insaf, Jalan Tuanku Abd Rahman sekarang, apabila dia org beralih arah ke sana pada awal 90an... cerita Bapa mertua saya lah..

Masakan ini saya masak semasa pertama kali menjejaki kaki di Doha...di rumah rakan saya Irma...sian tengok dia org dah 4,5 bulan sampai dari Malaysia jadi belum dapat rasa masakan yg kow kow Malaysian...jadi saya masak kan lah, Seronok rasa nya apabila tengok semua berselera makan...masakan ni saya anggarkan untuk lebih kurang 6 org makan...

Ini lah resepi nya ( kalau rasa apa yg kurang pandai pandai lah betulkan).....


Bahan bahan nya :

Goreng dulu :-
Ayam - seekor (yang sederhana kecil) di potong 8
Serbuk kunyit - sedikit (untuk dilumur pada ayam)
Garam - secukup rasa (dilumur pada ayam)

Goreng ayam yang telah dilumurkan kunyit dan garam dengan api yang sederhana...ayam jangan terlampau garing.. setelah masak, angkat dan ditoskan. Ketepikan dulu.

Bahan tumisan dan kuah(sos):-
1. Bawang besar - 2 biji (sederhana besar) - di kisar atau tumbuk
2. Bawang putih - 6 ulas (besar) - di kisar atau tumbuk
3. Halia - 2 inci - di mayang halus
4. Cili giling(boh) - 6 sudu makan
5. Rempah kari daging - 6 sudu makan
7. Lada hitam - - 2 sudu makan - ditumbuk
8. Serbuk ketumbar - 1 sudu makan
9. Kicap lemak manis - 1/2 cawan
10.Kulit kayu manis - 2 potong
11.Bunga Lawang - 6 biji
12.Bunga cengkih - 10 biji
13.Daun Kari - 10 helai
14.Daun Ketumbar - segenggam (separuh disiat siat, separuh lagi untuk hiasan)
15.Daun Pandan - 2 helai
16.Air asam jawa - 1/2 cawan
17.Buah Tomato - 2 biji (Sederhana besar dan dipotong 4)
18.Minyak masak - 1/2 cawan
19.Air - 1/3 cawan

Cara masak nya :-
Dimulakan dengan panas kan minyak di kuali, setelah minyak panas masukkan daun pandan dan Bunga lawang,cengkih dan kulit kayu ,manis...
Apabila naik bau dan wangi masukkan pulak bawang besar sekejap kemudian bawang putih, halia dan daun kari...goreng sampai keemasan.
Kemudian masukkan cili giling dan kacau rata.. apabila cili dah mula masak, kecil kan api sedikit dan masukkan pula serbuk kari,serbuk ketumbar dan lada hitam, kacau hingga masak dan rata.
Kemudian masukan pula air,..air asam jawa dan kicap...kacau rata hingga pekat sedikit dan masukkan buah tomato, daun ketumbar dan garam secukup rasa..

Akhir sekali apabila tomato dah lembut sedikit masukkan ayam yang telah digoreng tadi, kacau rata sehingga ayam dan kuah sebati dan pekat.. bolih lah diangkat, taburkan daun ketumbar yg telah dicarik carik tadi dan dihidangan..

"AYAM HITAM MASAK KANDAR"









AzRaz,Doha.....

Saturday, February 25, 2012

TOM YAM IKAN bersantan - "Selera D' Rantau"


Untuk resepi yang pertama ni kita cuba dengan yg simple dan senang sangat di buat... "Tom Yam Ikan bersantan" segar dan sangat sangat menyelerakan.. bolih di makan dengan nasi atau dihirup panas sebagai pembuka selera, makan pula beriringan dengan kailan ikan masin dan telur dadar..wah!! memang terangkat..bolih terduduk lega dan puas.. Pengsan U !!! Terima kasih kepada Che Mat Gebu kerana mencetus idea...dan kita share la ya...

Di Doha ni terpaksa lah ubah suai sikit mengikut keadaan apa bahan mentah yg bolih dapat..saya guna ikan Sherry sebagai ganti..ikan ni berisi putih sangat sedap kalau di goreng ranggup. Rasa nya macam ikan talipia tapi isi nya lebih kental mcm ikan Siakap..

TomYam ini saya masak semasa kunjungan rakan rakan saya di Doha ini kerumah..dan dihidangkan bersama lauk lauk lain. ada Sayur Goreng kicap, Kentang tempe terung goreng kunyit dan Sambal tumis ikan bilis...terangkat...seronok tengok apabila semua makan dengan selera nya,...nanti ada masa kita coret kan pula lauk lauk yg lain ya...







Bahan bahan nya :

Ikan segar (Siakap, merah) - 4 keping
Pes Tom Yam (adabi) - 1 paket
Tomato - 1 biji besar (dipotong 4)
Bawang besar - 1 biji besar (dipotong 6)
Terung panjang - 1 biji (dibelah dua dan dipotong 2)
Cili padi - 3 biji (diketuk) -
Kuib ikan bilis - 1 ketul
Lada Hitam - 1/2 sudu teh
Santan pekat - 4 sudu makan
Limau nipis/limau kasturi - 4 sudu makan
Daun Limau purut - 3 keping
Daun ketumbar - sedikit masuk kan dalam TomYam dan sedikit untuk hiasan
Air - 3 mangkuk kuah

Tumisan -
Sedikit minyak
Bawang putih - 3 ulas (ditumbuk kasar)
Bawang merah - 5 ulas (ditumbuk kasar)
Halia - 1/2 inci (dimayang)
Lengkuas - 1 inci (dipotong kasar dan diketuk)
Serai - 2 batang (diketuk)

Cara memasak nya -

Panas kan periuk, masuk kan sedikit minyak masak..sampai minyak panas tumis kan bawang putih dan bawang merah dan halia..bawang dah keemasan masukkan lengkuas, serai dan cili api biarkan sekejap dan kacau, bila dah wangi..masukan pulak pes TomYam adabi dan kacau, masuk kan pulak kuib ikan bilis dan air..

Apabila Sop mula mendidih masuk kan ikan,lada hitam, daun limau purut dan air perahan limau, biarkan dalam 3 minit.Masuk kan pula garam mengikut rasa

Akhir nya masuk kan santan, tomato,terung, bawang besar dan sedikit daun ketumbar. Kecil kan api dan biar kan selama 5 minit lagi....siap lah Sudah "Tom Yam Ikan bersantan" kita...

Hidangkan dengan taburan segar daun ketumbar...









AzRaz, Doha......

Friday, February 24, 2012

"SELERA D' RANTAU" Mukadimah

Apabila rindu mengamit pada Malaysia, keluarga dan tekanan kerja yang meruntun jiwa.. jalan yang terbaik ada lah dengan mengalihkan tumpuan sambil menenangkan jiwa .... apa lagi kita gegarkan dapur lah jawap nya!!! korek skill yg dah lama terpendam setelah berumah tangga kerana mendapat isteri yang pandai masak..

Setidak tidak nya tumpuan memasak akan membantu menghilang kan stress tadi.. dan menjimatkan memandangkan kat Doha, mahal segala gala nya..

Nak jalan jalan makan angin selalu sangat macam orang lain tu, memang bolih senget di buat nya..sebab kita ada 6 mulut nak di suapkan...sekali sekala bolih lah kan... berjimat jimat sambil perut pun kenyang.

Dapat juga rakan rakan yg merantau di sini merasa masakan Malaysia am nya dan Melayu khas nya..hilang la jugak rindu kat sambal tumis, masak lemak, kari, masak asam,tomyam dan lain lain kan...sambil mengeratkan silratulrahim sesama sendiri di Rantau ini ...Semenanjung berpasir Qatar...

Kerana rutin memasak di rantau ini..ada rakan rakan yang mencadang kan supaya ia nya di kumpul dan di jadikan kenang kenangan dan di kongsi bersama.. Terhasil lah ruangan coretan ini "Selera D' Rantau"...

Masakan yang dihasilkan ini bukan lah yang terbaik , maaf lah kalau ada yang tak suka.. terpulang kalau nak teruskan membaca atau tidak...tidak menjadi hal..

Untuk nukilan pengenalan ini..kita berbual bual kosong dulu..masuk gear satu dulu..nanti ada masa saya akan mencoret lagi dengan di sertakan resepi dan bercerita tentang bahan bahan yg di gunakan dan macam mana saya sesuaikan dengan apa yg ada di Doha ini..






Masakan orang bujang kata kan..berseorangan di rantau ni.. jadi mungkin ada yang kurang..tapi yang penting semangat juang untuk memenuhi selera tu yang penting..hehehe..

Seronok masak ni sebenar nya..mengembalikan kenangan semasa bujang dulu, semasa duduk dengan rakan yang sama sama merantau di KL dulu,,,



Tengah sedap masak...kenangan bersama rakan serumah menjelma kembali kadang kadang tu ...Semasa saya tinggal di Selayang, Kampung Pandan, Taman Maluri dan Setapak..hahaha..

Lama benar nya saya tidak keletang kelentong dengan senduk belangga.. ada lah sekali sekala apa bila teringin sangat nak masak dan anak anak sibuk nak makan " Chicken Chop" turun lah kita ke dapur....



JUGA ...MENJELMA...

Kenangan bersama GURU semula jadi saya arwah Abah ngan emak, yang dengan tak secara sengaja menjadi guru masakan kepada saya..benar benar melegakan.. .ini lah guna nya..apabila hidup dirantau segala ilmu yang diperturunkan dari kecil sehingga bujang dapat di prektik kan... tips tips yang dari sekecil kecil nya hingga ke sebesar besar nya amat berguna sekali..




Abah memang Otai masak...hendak nya lauk kenduri kendara, terkenal seluruh kampung dan sanak saudara. Jangan harap lah Abah nak terlepas dari masak kalau kenduri sedara mara... confirm kena masak.. Emak pulak macam org kanan Abah kalau masak untuk kenduri tapi kalau kat dapur rumah emak yang berkuasa...walau pun berperang mulut emak tetap menang, itu nama nya "Kuasa Perempuan"...Kenangan bersemadi di hati..



Setelah berumah tangga..Bapa dan Emak mertua pulak memain kan peranan mengambil alih menjadi GURU semulajadi saya..mereka berdua ni memang jaguh masak...dalam tangan kalau setakat masak masakan Selangor dan stail mamak India.. mereka sama juga seperti Emak dan Abah sentiasa beriringan kalau masak..juga masak untuk kenduri kendara...banyak saya belajar tapi tak katam katam, mungkin masak Mamak ngan Minang jauh beza nya...


Apa apa pun..itu semua hanya coretan kenangan pengalaman masak saya... Selamat bertemu kembali nanti..


"Boh saja" masak itu mudah.....

"SELERA D' RANTAU"

























AzRaz, Doha....

Tuesday, February 21, 2012

LAMA RASA NYA..



Lama betul rasa nya tak update Blog ni...lebih 3 bulan, cepat masa berlalu sampai tak terasa saya dah lama tidak menjenguk "Man Kasturi" kerana keadaan yg tidak mengizin kan dan tumpuan pada tempat dan persekitaran yg baru, ditambah kan pula masih dalam proses menyesuaikan diri...Juga beban kerja yang memerlukan tumpuan Jiwa dan Raga.fuhhh!!. al maklumlah perbezaan budaya dan warna kulit, banyak sebenar nya yang menggangu jiwa. Tapi saya bukan senang untuk menyerah kalah hanya kerana saya datang dari bumi Asia dan mereka bermata biru..( mencurah perasaan pulak dah)..

Dan sepanjang 3 bulan ini banyak sebenar nya yang bolih dikongsikan cerita sepanjang berada di Semenanjung berpasir ini..Doha, Qatar...

Berjanji pada diri ini..kerana sudah bersedia untuk mencoret semula..di Blog kesayangan saya ini..

Apa lah kabar nya semua ?? baik di ruang ini atau di bumi tercinta Malaysia..rindu sebenar nya..




Berdebar debar juga dengan terbit nya buku pertama saya "Sanggul Pengantin Melayu Tradisional dan Moden"... dalam masa terdekat ini, insyaallah.. harap harap begitu lah, rasa nya dah lama sangat menunggu.. atas sebab teknikal dari pehak penerbitan...yang juga tidak dirancang...sentiasa mendoakan kejayaan buku ini, dan sokongan semua... beli lah ya...kita berkongsi ilmu...












.........AzRaz, Doha
 
Another Blog Designed & Created By norkhairi
© All Rights Reserved