Tuesday, May 26, 2009

TERIMA JE LAH




Entah kenapa saya tergerak hati hendak berkongsi masaalah yang satu ni....... Mungkin sudah berbuku dihati dan ianya perlu diluahkan...macam gunung berapi lambat laun meletup jugak kan?

Kenapa lah ....apabila kita bertujuan baik dan memang berniat baik dan menolong seseorang dalam segala hal mental, fizikal,material dan terbukti sudah kebaikan kita itu... kadang kadang jiwa dan perasaan jugak kita layankan konon nya nak memberi motivasi...tapi akhir nya kita yang dipersalahkan dan dibebankan dengan masaalah mereka. Sudah lah kita yang menolong, kita juga yang dikata orang............


Sedihkan? .....bukan sekali dua terjadi kepada saya tapi banyak kali.. Selalu nya saya akan rasa sesal sekali dan serik ..... Tapi selalu nya tidak lama kerana perangai saya ini akan berulang lagi untuk menolong yang lain pula, mudah kesian dan tersentuh hati untuk menolong itu sudah sebati dalam jiwa agak nya.....Dan berjiwa lembut dan penyayang juga mungkin puncanya.... Kadang kadang tertanya tanya jugak "salah kah sikap aku ini?" tapi selalu nya tiada jawapan....tergantung je lah...


Walau pun kuat menempuh dugaan ini tapi di sudut hati hancur juga, hanya orang je yang tak nampak..... Kalau luahkan pada kawan kawan pun tak guna, mereka selalu kata yang saya ni kebal dan akan menyelesaikannya sendiri....Sebab itu orang macam saya ini kalau berduka orang tak percaya......Kesimpulan nya? terima je lah dah itu sejak azali nya dan ambik ia sebagai satu Anugerah hebat....Dan melihat ia dalam satu sudut yang lebih positif iaitu....


PABILA ADA YANG KELEGAAN DAN TERSENYUM WALAUPUN SESAAT
KERANA KEHADIRAN KITA.....BERSYUKURLAH......
KERANA KITA TIDAK AKAN TAHU BILA DIA AKAN DAPAT
TERSENYUM DALAM KELEGAAN SEPERTI ITU LAGI....


Berkongsi masalah mereka juga membuat saya sedar betapa bertuah nya saya kerana ada insan yang lebih malang lagi dalam percaturan kehidupan dunia ini........ semua ini menjadikan saya lebih kuat dalam memahami akan erti kehidupan sebenar........



Ibarat : ''White House, Capitol Hill yang dikeliling bunga2 Tulip segar buat sementara pada musim nya"

Thursday, May 21, 2009

Lawatan mengejut EMIR OF QATAR


Hari rabu lepas dalam perjalanan ketempat kerja (KLCC) saya dikejutkan dengan panggilan talipon dari office, mengatakan Boss no1 kami akan membuat lawatan ke office. Kelangkabut di buat nya sebab saya masih dijalan, tersangkut dengan kesesakan jalanraya dan dia nya akan sampai dalam masa 1jam dari waktu itu....tapi tau lah macam mana K.L punya sesak waktu pagi pagi gini... 1 jam belum tentu bolih sampai kalau dari Jalan Duta Tol ke KLCC.....nampak macam dekat je....tapi kalau nasib tak baik dekat 2 jam kadang2 sangkut.


Nasib saya kira baik lah hari tu... saya sampai di KCCC betul betul 15 minit sebelum pukul 9.. Lega......Seram juga kalau lambat kerana yang nak datang ni "tuan tanah"......Tuan punya Aljazeera English dan Aljazeera Arabic baginda juga adalah Emir Of Qatar , Yang Amat Mulia Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani.. Baginda di temani oleh Pemaisuri Sheikha Mozah Nasser Al-Missned.




Bendera yang berwarna cokelat,putih tu adalah Bendera Qatar



Menanti dengan penuh kesabaran




Ini lah dia..., yang ditunggu dah tiba.Tengok tu Pemaisuri Sheikha Mozah..
Penuh bergaya...elegant sekali kan?



Emir Of Qatar, Baginda Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani menanda tangani buku
Tetamu VVIP



Giliran Permaisuri Sheikha Mozah Nasses Al-Missned pula.....





Baginda berdua kelihatan mesra dan seronok dengan kunjungan ini.
Berapa lah agak nya harga rantai Mutiara yang di pakai Permaisuri Sheikha
tu ya......Mutiara campuran, ada warna biru,hitam,putih dan kelabu.. Nampak
eksklusif sekali..


Baginda berdua mendengar penerangan dari Marcus Cheek, Senior Program Editor




di bilek berita




Serius betul.....Apa lah agak nya yang difikirkan



Lagi reaksi Baginda


Yang Mulia Raja Nong Cik, Menteri Wilayah Persekutuan juga mengiringi Baginda.
Dan nampak nya semua berpuas hati dengan lawatan ini........



Veronica juga memberi sedikit penerangan tentang Siaran Langsung Berita,
bagaimana proses nya dan masalah yang mungkin dihadapi semasa
siaran berlangsung....

Bersungguh betul Veronica Pedrosa...... bagi Boss faham betul betul ya..




Penuh gaya.....


Lebih kurang setengah jam lawatan, berangkat lah Baginda berdua pulang.
Baginda berdua terpaksa bergegas ke acara lain pulak.


Akhir nya..... dapat juga bersalam tapi sedih nya sudut kemera
tidak mengizin kan saya untuk kelihatan..sedih sedih











Monday, May 18, 2009

Sepanjang Musim Indah Yang Mulai Berlalu

Saya gembira dan bersyukur dengan apa yang ada..... juga segala anugerah kurnian NYA kepada saya, yang selama ini saya kongsikan bersama dengan yang perlu... walau pun ada yang tidak mampu untuk diteruskan kerana faktor masa dan tumpuan pada keluarga juga beban kerja..tetapi ia nya tidak akan sesekali saya tinggalkan ..akan saya teruskan. Hanya menunggu masa yang sesuai dan benar benar bersedia kerana ia bukan pekara main main, kerana ia memerlukan satu lagi pengorbanan yang akan melibat apa yang saya katakan tadi.......


Misal nya minat saya terhadap Budaya Melayu, terutamanya Seni Persembahan(Tari) tiada dua nya, masih tersemat di hati dan mengalir di jiwa, kerana ia pernah singgah dan menjadi makanan harian saya. Bagaimana dapat saya pisah kan ia dari saya kerana ia nya sudah menjadi sebahagian dari kehidupan .. seperti pasangan bercinta, BERPISAH BUKAN NYA BERCERAI.....





Nanti kalau ada kelapangan akan saya bercerita lanjut akan penglibatan saya dalam bidang yang saya kasihi ini......SENI TARI








Akhir nya seperti biasa, walau pun waktu berlalu dengan membawa musim2 indah yang pergi satu demi satu.....saya tetap disini mengukir cita dan cinta yang mulai nampak penghujung nya.

Menjadi penunggu yang setia menanti akan hadir, lagi kain kain putih yang akan dicorak dengan warna warna lembayung, yang akan menerangi dunia seni yang mendatang..... Ia nya tetap akan menjadi sebahagian dari jiwa dan kehidupan saya....Dalam diam ramai yang sudah mencapai BINTANG
Pada Bintang2 yang bekerdipan, ingat lah pada malam yang sentiasa setia menjadi pasangan mu. Jua pada pujanga yang sentiasa menyanjung mu dalam karya karya agung mereka.........Dan ingat lah jua apabila hujan turun........... langit malam hanya bertemankan kegelapan malam bukan lagi kamu.............

Jadi lah seperti padi, makin berisi makin rebah kebumi..
Cari lah Kesayangan orang, jangan dicari kebencian nya..

Saya tetap begini seperti dulu.....kerana sarapan saya tetap..... Roti Telur dan Teh O.....PUAS

Thursday, May 14, 2009

Ogy dalam Telemovie "Kerana Kasih"

Ogy sekali lagi akan berlakon Telemovie untuk
slot Cerekarama TV3....Seronoklah buat peminat2 Akak Ogy kita ni.. bukan senang untuk
kita dapat menikmati lakonan nya sekarang...
kalau ada pun mesti cerita nya bagus dan jalan
cerita nya yang kuat, jadi apa lagi?:" mesti tonton
ni........


Dengar nya Telemovie ini akan disiarkan pada 30 Mei ni, macam biasa pada hari sabtu jam 10 malam la..................

Tonton lah bersama seisi keluarga kerana dijamin puashati dan banyak pengajaran nya untuk anak anak yang kurang memahami pentingnya mendalami perasaan kedua ibubapa.

Ogy menggali watak nya sebagai Aida, Ibu tunggal yang berjaya
dalam kerjaya namun banyak rintangan untuk kebahagian
diri sendiri...........

Izlan Yusuf sebagai Sani, mencari bahagia diluar
keretakan rumahtangga nya.....

Amiza Adnan sebagai isteri Sani

Hazira Hazali sebagai Sofia, anak yang bungsu



Sepanjang pengambaran, salah satu babak









Yang tengah urut dahi tu lah Pengarah nya Hanafiah, kawan lama saya yang sudah
lebih 16 tahun tidak berjumpa...akhir sekali kami sama2 berkerja untuk filem SELUBUNG.


Amiza mengamuk di pejabat Ogy, siap Ogy kena
tampar lagi....Kelakar betul apabila Amiza minta
izin dulu Ogy untuk babak menampar ini di luar set sebelum babak bermula.......
Ini kata2 Ogy :
"Tampar je dik akak tak kesah, baru lah real."
"Baru la hidup lakunan nya"



Ini pula kata Amiza (dalam nada serbasalah) :
"Tak Kak, Amiza tak nak....tampar angin je ya"
He He He Amiza Amiza takut kau ya....










Tengah bincang ...untuk dapat hasil yang
terbaik ya......














Hazira ini adalah anak kepada
pelakon Kuzi dan pengarah Hazali.
Kawan lama saya jugak ni.....


Fuzi PA Ogy



Hana Make up Artis untuk
Telemovie ini

Tuesday, May 12, 2009

Buat Mu "IBU"

Ibu ratu hati ku, Ibu kau lah Ratu....
Kasih nya Ibu membawa ke Syurga
Tiada duanya........

Curahan kasih mu sesejuk air dikali
Setiap detik berkumpul........
Melebar menjadi sungai sungai besar
Sederas arus begitu jua Kasih sayang mu
Mengalir dicelah celah kedukaan Pilu...
Menghempas didamparan batu keras kehidupan
Tapi... kau masih begitu..
Tiada ada yang dapat menghalang kasih mu
Kerana satu....KAMI ANAK ANAK MU

Ibu... kau tetap dihati
Bersemadi disitu bersama kenangan semalam
Yang tidak pernah pudar dimamah musim yang berlalu
Jua ombak badai yang memukul.....
Utuh dah teguh dijiwa, mengalir disetiap urat saraf kami
Kasih sayang mu.......

Sayu dan hiba mengenangkan kau telah tiada


SELAMAT HARI IBU.......MAK



Wednesday, May 6, 2009

TEAM ARTISTIK - Azman Razali's Artistic.... make up class

Satu lagi aktiviti apabila ada masa yang terluang, ini tertakluk juga dengan keperluan dan masa pelajar...... Selalu nya selepas kerja dan hari cuti saya.....





Irliana Ibrahim sedang tekun menyolek
menggunakan gambar rajah pada kertas,
Ini adalah salah satu cara teknik belajar.











Ilya dan Chris bersama model 'Mimie'





Salah satu sesi pembelajaran..... pemahaman tentang warna dan kumpulan warna...............
















Solekan malam buat Mimie




BELLE - Pakaian formal dan pejabat

Hari Isnin lepas saya menjenguk dan berkunjung ke Butik BELLE lagi, kali ini mereka membantu saya sekali lagi menaja Ogy Ahmad Daud untuk watak terbaru beliau dalam Telemovie "Kerana Kasih" untuk TV3. Untuk kali ini saya hanya membantu mencari Penaja pakaian sahaja untuk beliau........Butik BELLE telah lama membantu saya dalam kerja kerja saya yang lepas. Seingat saya lebih dari 10 tahun mengenali mereka dan Pereka mereka Lee Khoon semasa itu masih Junior Designer tapi beliau sekarang sudah jadi sebahagian dari Pengurusan BELLE, setia betul dia ni.....



Dalam Telemovie ini Ogy akan memegang watak Aida, seorang janda beranak tiga yang berjaya dalam kerjaya nya, tapi tidak kesampaian cinta kali kedua nya. Beliau memilih kehendak anak anak dari perasaan Cinta nya sendiri...Sedih jugak cerita nya kerana ia nya berkisar tentang pergolakan perasaan Aida dengan anak anak nya.



Nanti ada kelapangan...... saya akan sambung lagi cerita di belakang tabir pengambaran ini





Ini lah Butik BELLE di Alfa Angle, Wangsa Maju




Antara Koleksi yang terdapat disini




Dengan potongan pakaian nya yang simple dan harga nya berpatutan.
Membuatkan Belle popular dikalangan pekerja2 pejabat dan wanita2
bekerjaya yang berimejkan "Bersih"

Sofia...yang sentiasa ceria melayan kerenah saya...



Seorang lagi pembantu di Butik Belle, orang Sarawak ni....Emmi.
Dia berada di sudut pakaian Plus Size, Ini adalah prodak terbaru Butik ini,
Khas buat wanita yang berbadan besar..............





 
Another Blog Designed & Created By norkhairi
© All Rights Reserved