Friday, December 31, 2010

Aljazeera's Presenters - KL English

Berkerja di Saluran berita antarabangsa membuka peluang kepada saya untuk belajar apa yang tidak pernah saya lalui sebelum ini di dunia penyiaran Malaysia. Banyak betul pendedahan yang saya dapat, seperti kehendak dan pemikiran Penyampai2 berita Antarabangsa ini..benar2 menguji kebolehan dan kredibiliti saya sebagai orang lama dalam bidang ini.. beza benar dengan penyampai Berita tempatan yang lebih yakin dengan kerja saya...





Alhamdulillah sehingga kini saya masih bertahan disini......








dan segala nya saya ambil sebagai satu cabaran dan kini tidak ada lagi masalah.




































Masing masing mempunyai kelainan dari berbagai segi.. Ada yang terlampau cerewet, ada pula yang tak cerewet dalam segi penampilan tapi sentiasa mahu kita berada distudio untuk stand by walau pun sampai berita habis tak buat apa, kerana dengan kita berada di situ mereka akan rasa lebih yakin dengan penampilan mereka....




Di sini kami sentiasa berinteraksi dengan biro biro yang lain iaitu dari Washington,London dan Ibupejabat Doha..dan sentiasa mengemaskini kan apa yang terkini dari segi teknik, jadi dapat la saya mengimplikasi kan teknik solekan HD disini...Pengalaman yang sangat berharga..








DIVYA GOPALAN








































VERONICA PEDROSA

































TEYMOOR NABILI



































LIAN PEK






























MERIAM LAMIZE






















HAMISH MCDONALD






























SELINA DOWNES




































FAUZIAH IBRAHIM
























LAURA KYLE



























Shankuntala Santhiran


























Monday, December 27, 2010

DEWI KASTURI - Studio

Inspirasi Seni ada didalam berbagai bentuk dan medium. Bagi saya apabila menjejak je kaki ke Studio Dewi Kasturi, milek saya ini akan menceritakan segala perjalanan dan detik detik pengalaman yang dikutip selama ini sebagai seorang anak seni ada di Studio ini, itu lah yang menjana semangat dan INSPIRASI yang sebenar nya.... saya yang memang sedari dulu meminati berbagai bidang seni...bermula dari Tari, Pereka Tari, Solekan Pentas, Rekaan Kostum, Koleksi Pakaian Tradisional, Solekan TV, Solekan Filem, Rekaan dan menyelaras Pakaian TV/Filem, Solekan dan Pakaian Pengantin dan akhir nya mengumpul segala nya dalam Pengarahan Artistik..



Walau pun Studio yang terletak di Kota Damansara ini tidak terlalu besar tapi sudah cukup untuk saya berkarya...terima kasih kepada rakan saya Wan Kamaruddin yang memberi peluang untuk saya menyewa sebahagian dari ruang pejabat beliau..





























Tuesday, December 21, 2010

Koleksi Perhiasan Tradisional - menjadi kenang kenangan

Sebahagian dari Koleksi peribadi saya, yang sebahagian nya berumur lebih dari 20 tahun...tapi kini menjadi kenang kenangan kerana saya sekarang mengurang kan sedikit masa untuk aktif dalam peragaan Pakaian Pengantin Tradisional.. Kerana untuk ini semua memerlukan tumpuan sepenuh masa dan sayang sekali ia nya menjadi simpanan sahaja jarang digunakan kerana faktor di atas tadi.... Tapi masih ada satu dua yang saya sayang yang akan di simpan, memandangkan ianya mempunyai nilai sentimental yang tinggi...



Semua ini sudah beralih tangan kepada salah seorang murid saya..Lin Pian..Dan saya tahu dia akan meneruskan apa yang sepatutnya...

Mahkota kepala besar yg berwarna emas itu ada lah rekaan saya sendiri dan ditempah khas dari
rakan saya Allahyarham Bazid, salah seorang artis yang pernah memakai nya ialah Ramlah Ram untuk rancangan Muzik Muzik separuh akhir 1992..Azwan Ali Hostkan rancangan ini..masih ku ingat...




Masih saya ingat..gendik ini adalah hasil tangan pertama murid saya juga, iaitu Hatim Thai, cantik kan?? pada tahun 1998





Sebahgian koleksi Cucuk Sanggul dan Sanggul Getar/Goyang.. saya kumpul kan kedai2 kecil di Jalan Mesjid India dan jauh nya sampai ke Medan saya membeli nya...











Alas Dada ini selalu kita bolih lihat di dalam persembahan Mak Yong..di namakan "La Jala"..ini juga hasil tangan Arwah nya Bazid...





Jurai Manik and Jurai Mayang....







Koleksi Saya Azman Razali dari "Dewi Kasturi"








Jakarta,,Bandung - Recce for material

Pada awal Dec lalu saya berkesempatan bercuti sambil mencari bahan untuk projek baru saya di Jakarta dan Bandung, Indonesia... Sambil itu Bumi Betawi dan Sunda ini menjadi lokasi untuk libur saya bersama isteri sambil membeli belah apa yang patut...














Hari ke 3 dan 4 : Jakarta Pusat




Baso Malang - Baso maksud nya bebola daging..makanan khas Malang, Jawa Timor ini bolih dihidang kan dengan sop atau kering bersama mee... urat maksud nya lemak dan urat2 daging.











Sempat pose lagi!! dengan berlatar belakang jambatan masuk ke Passer Baro (Pasar Baru) dan Taksi Istimewa....OJEKK...
Ojek ke Ocet ke !! tapi itu lah pengangkutan motosikal roda tiga yg menjadi kenangan yang tak dapat di lupakan...mesti naik baru tahu, bisa menggegarkan jiwa...






Ini La pintu gerbang Pasar Baru...mcm Petaling Street kat KL la lebih kurang, kat sini terkenal dengan pusat borong barang kecantikan muka dan rambut...make up2 artis memang suka borong kat sini..



















Di tengah tengah Kota Jakarta kita masih bolih lihat lagi kereta2 sorong yang menjual makanan dan sayuran seperti ini di mana mana.. menarik kan....













Lukisan cat minyak ini tetap dengan keaslian cara jualan nya..di tepi tepi jalan Pasar Baru.









Hari ke 2 : ke Bandung

Ini dalam perjalanan menuju ke Stesyen Keretapi Gambir, Jakarta...kami nak ke Bandung. Mencari kelainan dengan menaiki keretapi ke Bandung... Teringat pengalaman saya semasa menaiki keretapi dari Yokjakarta menuju ke Jakarta pada tahun 1987, masa tu masih menuntut di Padepokan Seni Bagong K...sesak tetapi menarik sekali ..








Ini dia tiket keretapi (Persero) Eksekutif ..cuma Rp65,000..murah RM23 je..mengambil masa 2 setengah jam perjalanan













Pukul 8 pagi dah beratur nak beli tiket...konon nya nak sampai cepat. malang nya keretapi ada problem...pukul 11 baru bertolak..









Meriah warna cat Stesyen ni..Hijau Pucuk pisang, berpinar juga mata...patut la ada iklan ubat "Bodrex" untuk sakit kepala..hehehe















Di sekitar Stesyen Keretapi Gambir













Jadual perjalanan yang sentiasa bertukar tukar..

















Kedai Majalah pun menjadi sasaran lensa kamera ku...sebab unik dan nak buang masa yang panjang menunggu ke Bandung







Pemandangan biasa di Indonesia ini, apabila bumbung keretapi pun penuh dengan penumpang.......











Ini dia keretapi nya...ok la, selesa ada aircon . Murah lagi tambang nya kalau yang bertingkap dan dapat angin free dari luar....












Ni yang Best ni.....tak jemu tengok sawah padi Huma ni di lereng2 bukit sepanjang perjalanan ke Bandung... menarik








Bertingkat tingkat sawah padi nya.. ada pondok kecil di tengah sawah..











Ini sama macam Sawah Padi yang selalu kita lihat Malaysia kan...makna nya bercampur campur lah cara pembinaan sawah padi di sini, ianya mengikut kesesuaian tanah mereka...











Dah pun sampai "BANDUNG"



















Stesyen Keretapi Bandung...bersama isteri










Nasi Padang "Simpang Raya" yang sedap dan murah sangat... on the way ke Pasar Baru, Bandung.

















DI GEDUNG SECRET, BANDUNG
























Sebelum pulang ke Jakarta kami mengakhiri detik2 di Bandung dengan makan malam...
Makan malam semesti nya gaya Sunda.Kerana kebanyakan penduduk Bandung ada lah orang Sunda.. mesti rasa la...






Nasi ayam kampung dengan goreng suon dan sambal hijau cabe rawet, yg sangat la pedas nya.









Hari Pertama :

Ini lah dia rombongan kami yang bersama sama saya ke Jakarta dan Bandung..Baby Elle, Lin Pian, Pian suami Lin, Isteri saya Eda Azman dan Kay Rohani....Terima kasih buat Baby dan Kay yang menjadi pemandu pelancung nya, banyak juga tempat dan contact yang dapat untuk rujukan kemudian nanti....Terima Kasih sekali lagi Ibu Arisan dan Bunda Olga,, hehehe....





Hotel Cipta yang comel...ok la untuk tidor, tak terlalu mahal. Yang penting bersih dan cukup mudah untuk kemana2 dari sini.... Banyak masa di jalan je..tak perlu Hotel mahal.

Lokasi penginapan di Jalan Wahid Hashim, Jakarta Pusat.





































 
Another Blog Designed & Created By norkhairi
© All Rights Reserved