Tuesday, June 30, 2009

DIVA DIVA PENCEN - Astro "Warna"

Telemovie terbaru Fauziah Dato Ahmad Daud. "DIVA DIVA PENCEN" akan disiarkan di Astro Warna


Bagi peminat peminat Telemovie Melayu, jangan lupa saksikan lah.....lakonan mantap Akak Ogy kita bersama sama Shila Mambo dan Dian P.Ramlee... Kelakar dan bederai derai air mata cerita nya....... Dengar nya akan di siarkan pada bulan Julai ni, saya pun tak pasti, kena lah rajin tengok Astro manatau keluar Promo nya...

Nak tau lebih lanjut bolih lah jenguk Blog Akak Ogy kita.....sorry sebab masa mencemburi saya( he he...sori G... dailog klise I, .............AMPUN )









Ogy memegang watak Melur, dan Shila Mambo sebagai Mona..... Dalam babak ini mereka terhendap hendap mencari rakan kumpulan nyanyi mereka yang sudah lama berpisah...Maskiah, yang hidup senang tapi mempunyai masalah di dera menantu sendiri.....







































Melor bersama suami di babak akhir cerita....Memang serasi dan menjadi, walau pun pertama kali berlakon bersama...






















DEWI KASTURI... wedding (Make up by Eda Azman)






SILAKAN CUCI MATA Dulu!!!!!



Pakaian Dari Li Piyan




































Pakej dari DEWI KASTURI





































Aishah bercucuk "sanggul penuh", kelihatan Cucuk Sanggul keping, Cucuk Sanggul Goyang, Gendik dan pelengkap nya iaitu Jurai Jurai.......Manis sekali,























Kalau diperhatikan, kedua dua majlis persandingan ini ada sedikit perbezaan nya. Beza nya dari segi permilihan konsep pakaian, yang diatas memilih konsep Kontemprori Tradisional dan pengantin yang dibawah ini memilih konsep Tradisional. Apabila konsep pakaian berbeza....pelamin nya juga harus mengikut mood pakaian tersebut.


Penting sekali dalam Majlis Persandingan Melayu, perkara ini perlu di ambil kira kerana disitu lah terletaknya keindahan nya, semua nya mesti tertib dan beretika Melayu... mata pun tak sakit dan tidak lah kelihatan carca marba seperti rojak.............



























Thursday, June 11, 2009

HD Make up - Orang Putih(Caucasian)

Salah satu tugas harian saya distudio kami sentiasa bersedia menghadapi kerenah dan menyelesaikan segala masalah mendatang mengenai Solekan dan Pakaian Penyampai Berita yang datang dari berbagai latar belakang dan bangsa..... Dan "expectation" (harapan) mereka memang tinggi, jadi sentiasa sedia dan kena banyak mendengar juga peka dengan kehendak mereka.... Tercabar juga lah...Tapi Alhamdulilah semua nya ok setakat ini....



Kali ini saya hendak berkongsi pengalaman tentang HD MAKEUP UNTUK ORANG PUTIH (Mat salih la...). HD tu bermaksud High Definition (baca balik entry saya tentang Air Brush Make up)


Selepas kita menyapu concealer pada bahagian kulit yang perlu terutama nya dibahagian bawah mata, kita bolih meneruskan dengan menyembur base makeup kita dengan Air Brush Gun....Penting sekali untuk base ini kelihatan natural sahaja.



Juga di bahagian leher dan dada supaya tidak nampak berbeza dengan muka..



Selepas itu, ratakan pada bahagian2 yang tersorok dengan berus seperti dicelah kelopak hidung juga dibawah mata. Kerana semburan air brush kadang kadang tidak rata di kulit yang berkedut, jadi sentiasa melatih diri untuk bersedia dengan semua kemungkinan............


Guna Span tiga segi untuk merata kan "shading" di jambatan hidung dan tulang pipi, jangan terlalu tebal kerana kamera HD akan merakam garis garis kasar dengan jelas sekali.



Kemudian kita bolih mulai menyapu bedak asas atau bedak serbuk(losse powder), untuk Laura saya menggunakan BOBBI BROWN Compact powder kerana bedak nya sangat halus dan sangat sesuai dengan Silikon Base yang saya gunakan tadi.



Saya rata kan lagi menggunakan berus yang lebih besar..



Saya juga menggunakan BRONZE MAC, Mineralize Skinfinish warna warmed untuk menghasilkan kesan natural dan hidup...



Kemudian bolih lah kita meyolek , ikut apa yang kita rasa sesuai tapi jangan terlalu tebal ya,,...seperti apa yang saya kata kan tadi.


Laura sudah bersedia di Studio Rakaman, selalu nya saya akan biarkan beliau memasang microphone dulu, dan selepas itu baru lah saya touch up balik solekan nya..Kalau ada yang perlu ditambah.......



Untuk berkerja dengan Penyampai Berita Antarabangsa ini kita kena selalu peka akan keperluan mereka semasa Berita keudara (LIVE) juga. Mereka sangat penting kan imej dan keselesaan..




Ini lah dia Laura Kyle dengan solekan yang nampak natural sekali untuk HD Kamera.






Ijab Kabul - Elly

Pada majlis akad nikah Elly, isteri saya "Eda Azman" yang menyolek dan mendandan kan beliau. Bertemakan warna Merah jambu/Putih, majlis dilangsungkan dirumah sahaja....

Manis sekali Elly, berpakaian kurung moden les putih rekaan Syahril Nurdin



Ini lah hasil kerja solekan Eda Azman


Eda Azman.....



Sebahagian dari hantaran dari pehak pengantin perempuan




Kombinasi warna Merah jambu dan Putih




Gubahan bunga di Mini Pelamin



Mini Pelamin









Detik Majlis Perkahwinan - Elly


Elly adalah anak kepada abang saya, Tuan Haji Abdul Aziz..... dan seperti biasa anak2 saudara saya takkan lepaskan saya untuk bersenang senang kalau majlis macam ni, mesti nak jugak sentuhan Pak Teh nya......Tak pe lah sementara bolih buat dan hadiah perkahwinan untuk mereka, bolih lah menjadi kenangan manis sampai bila bila...

Saya dengan besar hati membantu apa yang patut.... Ini lah hasil nya.













Dimajlis persandingan Ally dan Hazani, saya hanya membantu menyolekan kedua mempelai. Pelamin dan pakaian diuruskan olih Syahril Nurdin.....









Sebahagian dari detik detik perjalanan majlis,
Konsep majlis warna tema nya merah cream, Ada juga persembahan nasyid kanak kanak dari sekolah Agama Rakyat Kampung Pandan




Kedua puteri saya juga terlibat sebagai "flower girls" , Safiea si kakak dan Anis bukan main kusyuk sekali....suka ya jadi flower girls, sesiapa yang berminat utk mengguna perkidmatan mereka bolih menghubungi PAPA nya.... bolih buat bisnes ni...




Pelamin rekaan Syahril Nurdin, simple but nice.
bersesuaian dengan majlis yang meriah tapi sederhana.....Taniah buat Abang dan Kakak Ipar saya.. "Selamat Menerima menantu"











 
Another Blog Designed & Created By norkhairi
© All Rights Reserved