Thursday, August 27, 2009

SELAMAT JALAN - SAHABAT KU

Selepas setahun lelah dan penat bertarung dengan penyakit misteri nya, pergi juga SAHABAT KU ini menyahut panggilan ILAHI.. Di iringi dengan hujan yang turun mencurah curah pada tanggal 26 hb September jam 9.45 malam di rumah kediaman beliau di Taman Tun Dr. Ismail , Abdul Halim Ibrahim telah pergi buat selama lama nya.......

Tiada lagi ketawa riang, jenaka yang sentiasa membuat orang senang dengan beliau dan juga ramai yang tidak akan boleh lupa masakan dari air tangan beliau.. Itu lah SAHABAT KU HALIM.... Suka duka kami sentiasa bersama dulu dan kini... Selalu nya apabila ada apa jua masaalah saya lah tempat arwah berkongsi, Dan saya Redha kini menerima ketentuan ILAHI kerana tahu arwah juga begitu...tidak lagi tertanggung rasa melihat penderitaan arwah, apalagi beliau yang memikul nya.......


Ini gambar terakhir kami semasa Hari Raya tahun lepas, kami bersama keluarga masing masing, Arwah bersama isteri beliau Shila dan tiga dari enam anak beliau, Manisha, Shahruk dan Hirtiek (arwah meminati sangat filem2 Hindi sehingga nama anak anak beliau diberi sempena dengan nama pelakon pelakon popular Hindi) Itu lah keunikan Arwah, kerana dia membuat sesuatu dengan mengikut kata hati nya sendiri.....pemikiran nya yang ringkas dan "happy go lucky"..


Arwah semasa terlantar sakit, masih boleh tersenyum walau pun sesiapa sahaja akan sebak melihat penderitan Beliau ini.....
PERGI LAH SAHABAT...TIDUR LAH DENGAN NYENYAK , BUAT SELAMA NYA... KAMI SAHABAT DAN KELUARGA MU DISINI SENTIASA MENDOAKAN SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KEATAS ROH MU DAN DILETAKKAN DISISI ORANG ORANG YANG SOLEH ......AMIN YA RABULALAMIN

Saya, arwah Halim, isteri beliau dan isteri saya, gambar ini dirakamkan betul betul sebelum beliau hendak bertolak ke Kampung beliau, Sg.Petani, Kedah untuk berubat secara kampung.......... Setahun yang lalu, minggu kedua Hari Raya Puasa.
Saya tahu arwah menahan kesedihan walau pun kami cuba membuat beliau ketawa...di dalam hati cuma dia yang mengerti....



SELAMAT JALAN SAHABAT KU.......AL FATEHA








Monday, August 17, 2009

ZAINI - TATA RIAS, PELAMIN

PELAMIN DARI : DEWI KASTURI








MAKE UP OLEH : EDA AZMAN


















HANTARAN REKAAN : ZAINI AND ANNA MAFIZA'S TEAM



















 
Another Blog Designed & Created By norkhairi
© All Rights Reserved