Wednesday, November 2, 2011

HUJUNG SEMENANJUNG YANG BERPASIR







Buat mu kesayangan ku...

Cinta itu datang lagi tetapi tidak seindah dulu
Ku sahut jua Ia menjadi kekuatan hidup ku
Demi mencari harga diri...buat tawa yang tersayang
Yang Ku tinggalkan dengan jiwa meronta
Mendung kesedihan menjadi teman tidor...sendiri
Di Semenjung berpasir ini....

Kalau ini penghujung ceritawara
Akan ku sambut jua sebagai Wira bangsa
Kerana belum tentu akan ada yang akan sampai kesini
Dengan kudrat yang ada..... Mana mungkin yang muda jua lawan ku
Tapi aku ada sesuatu yg tiada dua nya...
Harga diri dan janji buat bangsa KU.....

Tiap detik doa ku untuk mu Sayang ku
Sabar itu jua yang ku pohon......kerana CINTA kali ini perlu pengorbanan..
Pengorbanan ini sesuatu penghijrahan..
Yang akhir nya ada titik noktah nya..
Tunggu kepulangan ku dari Semenanjung berpasir ini..
Untuk mu, anak anak dan bangsa jiwa ku...

Sang Kedil di Semenanjung Berpasir



















Friday, October 28, 2011

DOHA - TAPAK BERMULA LAGI



ALJAZEERA INTERNATIONAL - ENGLISH



Tapak baru bermula lagi...kali ini ke Doha..mencuba nasib dan mencari pendedahan antarabangsa yang sebenar nya...di dunia penyiaran TV...Selamat tinggal negara ku Malaysia buat sementara.. semoga langkah ini menjadi yg terbaik sepanjang kerja TV ku selama ini... Banyak yang masih belum selesai di Kuala Lumpur, buku Sanggul Pengantin masih dalam proses editing, 2 Channel TV baru yg masih lagi belum ada kata dua dan Dewi Kasturi Art of Beauty jiwa raga saya tinggal sementara, kerana peluang ini hanya datang sekali..







Akan saya timba sebanyak pengalaman dan pengetahuan yang bolih, dan mungkin satu hari saya kongsikan dengan negara tercinta..MALAYSIA....kalau dipanjangkan usia......









Tuesday, July 19, 2011

SANGGUL TRADISIONAL & MODEN PENGANTIN... Tema " D' Taman"







Ini adalah sedikit dari sebahagian 48 jenis sanggul yang terdapat dalam buku "Sanggul Tradisional Dan Moden Pengantin Melayu" saya....














Setiap sanggul ada langkah demi langkah nya, dari awal hingga selesai sanggul didandan, juga akan dihiasi dengan asesoris yang sesuai dan diperagakan dengan busana indah pengantin









Salah satu Tema untuk 3 acara majlis, pernikahan, berinai dan persandingan...Tema nya "D' Taman"







Untuk majlis Persandingan






















Untuk majlis Pernikahan































Untuk majlis berinai Besar








































The Making Of "Sanggul Tradisional Dan Moden Pengantin Melayu" Azman Razali


Rakan Celebriti Wan Zaleha Radzi membuat penampilan istimewa untuk buku ini..beliau akan mencoretkan kenangan selama mengenali saya dan hasil kerja saya, dari hati kehati...dalam "Bicara Rasa Celebriti".








Di belakang tabir pembikinan buku " SANGGUL TRADISIONAL DAN MODEN PENGANTIN MELAYU" Oleh AZMAN RAZALI...

Ini adalah buku pertama saya yang mengambil Sanggul Pengantin sebagai tema nya, satu pengalaman baru buat saya dan sesungguh nya ia bukan sesuatu yang mudah.. Buku yang mengandungi beberapa topik tentang sanggul Pengantin ini terpaksa saya hasilkan dengan mengambilkan sedikit masa dan berhati hati sekali kerana faktor masa dan rujukan nya.

Dijangka kan akan berada dipasaran pada September 2011 nanti.. Dan harapan saya, buku ini akan menjadi rujukan bukan sahaja kepada Jurusolek Pengantin dan bakal bakal pengantin, juga buat generasi baru pelajar pelajar pusat kecantikan dan kesenian..Dan tidak ketinggal am nya kepada semua yang meminati seni Dandanan Sanggul Pengantin Melayu.


Buku saya ini bukan sahaja menampilkan sanggul pengantin, juga pakaian pengantin yang indah mengikut tema sanggul nya. Salah seorang pereka yang menaja pakaian untuk buku ini. As Zambri dari Petrana Jingga.



Hadtim Thai membantu final touch up untuk tajaan pakaian nya untuk Sanggul saya








Model dan Pelakon baru Izara menjadi model untuk asas asas pembikinan sanggul, juga menjadi penghiasan Muka depan buku saya nanti....









Suzana Zainan salah seorang jurusolek yang membantu dalam solekan para model, Sentuhan magik beliau akan menyerlah kan lagi buku ini..




Tidak ketinggalan Syahrir Nurdin juga membantu dalam penajaan pakaian pengantin. Pakaian eksklusif moden klasik beliau sungguh menawan...








Syahrir Nurdin bersama pakaian pengantin moden berwarna biru nyila polos




Pakaian dari Dewi Kasturi Art of Beauty, juga tidak ketinggalan menyerikan lagi buku ini




Pereka terkenal Salikin Sidek juga turun padang menaja pakaian rekaan beliau untuk sesi photografi bersama model sanggul saya. Bersebelahan beliau ialah orang kuat saya Lin Pian yang membantu menyolek dan menjadi PA saya dari mula hingga akhir sesi photografi.





Dari kiri Lin Pian, Suzana, Model Fiza, saya , Lya(layout designer), Mokthar dari Sutramaya butik.




Hadthim Thai








Saya membetulkan tiara model sanggul saya, NADIA







Yang berbaju kurung Pink ni lah Penyunting buku saya, Eleana Khamis. Terima kasih Eleana yang banyak membantu terutama dalam penulisan saya dan juga Alaf 21 yang menerbitkan buku ini.











































Monday, March 7, 2011

PAMERAN PENGANTIN - DOHA

Sepanjang bertugas di Doha ,Qatar pada kunjungan kedua ini( 3 Mac - 27 Mac), dapat lah saya melapang kan masa untuk merayap rayap sambil mencuci mata pada aktiviti dan program masyarakat di Doha ini.. Ini ada sebahagian dari nya untuk bulan Mac - dapat la jugak mencuri curi idea dan menimba pengalaman..





THE 4th INTERNATIONAL WEDDING EXHIBITION & FASHION SHOW DOHA

( 3 - 6 MARCH 2011)













































































































Wednesday, February 16, 2011

Jalan2 Di Pusat Bandar DOHA,

VILLAGGIO - Shopping Complex















MUSEUM OF ISLAMIC ART






























































































AL CORNICHE -























































ISLAMIC ART AND CULTURE CENTRE












































CITY OF DOHA


























































SOUQ WAQIF































































 
Another Blog Designed & Created By norkhairi
© All Rights Reserved