Tuesday, July 19, 2011

SANGGUL TRADISIONAL & MODEN PENGANTIN... Tema " D' Taman"







Ini adalah sedikit dari sebahagian 48 jenis sanggul yang terdapat dalam buku "Sanggul Tradisional Dan Moden Pengantin Melayu" saya....














Setiap sanggul ada langkah demi langkah nya, dari awal hingga selesai sanggul didandan, juga akan dihiasi dengan asesoris yang sesuai dan diperagakan dengan busana indah pengantin









Salah satu Tema untuk 3 acara majlis, pernikahan, berinai dan persandingan...Tema nya "D' Taman"







Untuk majlis Persandingan






















Untuk majlis Pernikahan































Untuk majlis berinai Besar








































The Making Of "Sanggul Tradisional Dan Moden Pengantin Melayu" Azman Razali


Rakan Celebriti Wan Zaleha Radzi membuat penampilan istimewa untuk buku ini..beliau akan mencoretkan kenangan selama mengenali saya dan hasil kerja saya, dari hati kehati...dalam "Bicara Rasa Celebriti".








Di belakang tabir pembikinan buku " SANGGUL TRADISIONAL DAN MODEN PENGANTIN MELAYU" Oleh AZMAN RAZALI...

Ini adalah buku pertama saya yang mengambil Sanggul Pengantin sebagai tema nya, satu pengalaman baru buat saya dan sesungguh nya ia bukan sesuatu yang mudah.. Buku yang mengandungi beberapa topik tentang sanggul Pengantin ini terpaksa saya hasilkan dengan mengambilkan sedikit masa dan berhati hati sekali kerana faktor masa dan rujukan nya.

Dijangka kan akan berada dipasaran pada September 2011 nanti.. Dan harapan saya, buku ini akan menjadi rujukan bukan sahaja kepada Jurusolek Pengantin dan bakal bakal pengantin, juga buat generasi baru pelajar pelajar pusat kecantikan dan kesenian..Dan tidak ketinggal am nya kepada semua yang meminati seni Dandanan Sanggul Pengantin Melayu.


Buku saya ini bukan sahaja menampilkan sanggul pengantin, juga pakaian pengantin yang indah mengikut tema sanggul nya. Salah seorang pereka yang menaja pakaian untuk buku ini. As Zambri dari Petrana Jingga.



Hadtim Thai membantu final touch up untuk tajaan pakaian nya untuk Sanggul saya








Model dan Pelakon baru Izara menjadi model untuk asas asas pembikinan sanggul, juga menjadi penghiasan Muka depan buku saya nanti....









Suzana Zainan salah seorang jurusolek yang membantu dalam solekan para model, Sentuhan magik beliau akan menyerlah kan lagi buku ini..




Tidak ketinggalan Syahrir Nurdin juga membantu dalam penajaan pakaian pengantin. Pakaian eksklusif moden klasik beliau sungguh menawan...








Syahrir Nurdin bersama pakaian pengantin moden berwarna biru nyila polos




Pakaian dari Dewi Kasturi Art of Beauty, juga tidak ketinggalan menyerikan lagi buku ini




Pereka terkenal Salikin Sidek juga turun padang menaja pakaian rekaan beliau untuk sesi photografi bersama model sanggul saya. Bersebelahan beliau ialah orang kuat saya Lin Pian yang membantu menyolek dan menjadi PA saya dari mula hingga akhir sesi photografi.





Dari kiri Lin Pian, Suzana, Model Fiza, saya , Lya(layout designer), Mokthar dari Sutramaya butik.




Hadthim Thai








Saya membetulkan tiara model sanggul saya, NADIA







Yang berbaju kurung Pink ni lah Penyunting buku saya, Eleana Khamis. Terima kasih Eleana yang banyak membantu terutama dalam penulisan saya dan juga Alaf 21 yang menerbitkan buku ini.











































 
Another Blog Designed & Created By norkhairi
© All Rights Reserved