Wednesday, May 5, 2010

NANA - Majlis Pesandingan



























MAJLIS PERSANDINGAN NANA DAN SYAKRI, PADA 1 MEI 2010, DI BANDAR TASIK PUTERI,RAWANG



































Cantik Sungguh si Bunga Anggrik,


Di sunting lagi Baba dan Nyonya,


Berseri Sungguh wajah Cik adik,


Bertuah lagi Abang yang punya...





Bunga Rampai si daun pandan,


Wangi nya menyusuk sampai ke padang,


Nana cantik Syakri sepadan,


Mata melihat tak puas pandang..

















Saya juga lah merangkap Jurusolek nya, permintaan anak saudara sendiri memang susah nak tolak....kegembiraan milik dia di hari bahagia ini...jadi kita menumpang gembira la....








NANA - Majlis Pernikahan,,,,, dan Berinai Besar

Pada tanggal 30 April 2010 bersamaan hari jumaat...... Ini lah hari yang di nanti kan buat Nana, yang penuh bererti kerana di hari ini lah ianya akan bergelar "ISTERI"..... Kepada sang arjuna pemanah asmara "BAI" nama gelaran,,, nama sebenar Ahmad Syakri...jejaka yang melekat di hati sejak zaman pesekolahan menengah lagi...

Diyana a.k.a Nana adal lah anak sulung kepada kekanda saya, Hazmah dan suami nya Sulaiman Tahir.....

Segala persiapan berjalan lancar..., apa yang dirancang dan dibuat terlaksana sudah..












Segala nya penuh dengan tawa ria dan meriah sekali pada malam pernikahan tersebut....Maklum lah menerima menantu pertama buat keluarga Kakak saya.....













Saya bersama Nana, dalam sibuk sibuk melayan tetamu sempat juga Nana menarik saya untuk bergambar, kata nya "untuk kenangan.... nanti tak sempat, Pak Teh kan sibuk",,,














Kekanda ku "Hazmah" bersama Kakak ipar nya "Atih"













Hantaran dari pihak Nana, Rekaan Saya.. bersama bantuan sang Isteri tercinta..Mak Teh Bedah!!!!












































































































Isteri Ku...my right hand person yg sentiasa berada disisi















Majlis Berinai Besar dilaksanakan selepas Majlis Akad Nikah,
Pakai Songket keemasan ini dari koleksi "Dewi Kasturi"..














































NANA - Majlis perkahwinan Proses membuat Bunga Telur

Ini salah satu tugasan dan permintaan Nana (anak saudara saya) untuk majlis perkahwinan beliau, untuk saya mereka Cenderahati Bunga Telur tetamu jemputan yang hadir .....Ini lah hasil.









Ringkas je design nya, dengan mengikut budget yang diberi..
Bahan bahan asas nya adalah reben kertas dan bunga kain Tiruan...

Untuk naikkan seri nya, ditambah pula reben organza warna warni, juga juntaian manik kristal.
























Memandangkan Bunga Telur ini akan dibuat sendiri, jadi dengan sukarela nya kami adik beradik turun padang untuk membantu....Kakak saya Anjang dan Uda lah menjadi pengerak nya, "Orang Kuat" kata kan... memang lah menjadi kenangan abadi buat kami,, terutama nya si bakal pengantin.... NANA. Kerana dia pun terpaksa turun padang.... sambil melayan kerena kami ni Pak Cik dan Mak Cik beliau..



Ini lokasi nya,, di rumah bakal pengantin sendiri, bergotong royong sambil mengeratkan silratulrahim adik beradik... Nana dah buat persiapan untuk membina hidup baru bersama Sang Suami dengan membeli apartment ini....pandai anak sedara ku merancang..








Ini pula dirumah kakak saya.,, Hazmah..
sibuk saudara mara membantu mengisi telur, sampai ke pukul 2 pagi la operasi ni... sehari sebelum malam penikahan Nana...
















Ini contoh contoh bunga telur yang dah siap, Boleh tahan jugak kan!!! tak sangka akhir nya siap jugak, walau pun sikit demi sedikit buat nya..Setiap hujung minggu selama 2 bulan lebih.....


















Setelah siap digantung kan pulak ia pada dahan2 bunga emas ini, ini pun satu rekaan terbaru dari saya, yang di tempah khas...Dari kawan saya Mokthar, yang juga mempunyai kedai di Puchong..
Cantik kan???..lain dari lain








Pada 1 Mei 2010 yang lalu, bunga2 telur ini menjadi buah tangan pada tetamu yang hadir untuk majlis persandingan Nana dan Suami nya "Bai", puas hati sangat kerana tetamu tersenyum berlenggang pulang dengan bunga telur di tangan...yang akan menjadi kenang kenang.......


























 
Another Blog Designed & Created By norkhairi
© All Rights Reserved