Thursday, September 10, 2009

RAMADHAN AL MUBARAK


BULAN RAMADHAN BULAN IBADAH
BERLUMBA KITA MENCARI PAHALA
LAILATULKHADAR MALAM TERINDAH
DI NANTI SETIA WALAU PUN BILA
HARI KE 20 PUASA NYA SUDAH
SEDIKIT LAGI RAYA LA KITA



HARI KEMENANGAN DI SAMBUT GEMBIRA
INSAN YANG MALANG JANGAN PULA DILUPA
APA TERDAYA BANTU LAH IA
DISITU LAH BEZA NYA INSAN YANG MULIA
KASIH MENGASIHI INSAN SESAMA
SEMOGA BERKAT AMALAN KITA



KEIKLASAN BERAMAL DI BULAN RAMADHAN
LANGKAH, TINGKAH MENDAPAT RAHMAT
MENSUCI SEGALA DOSA YANG LALU
DITERIMA SEGALA....DILINDUNGI NYA


Monday, September 7, 2009

WARDINA SLIMWORLD -NONA TV3

Sekali lagi saya membantu Slimworld untuk menyedia atur pakaian dan solekan Wardina untuk rakaman dengan NONA TV3, lokasi nya di Slimworld outlet di Evenue K... seperti biasa Wardina selesa dengan solekan Baby Elle, Pakaian dari koleksi saya sendiri dan tudung dari Ma Fashion...





Saya bawa juga pakaian koleksi pakaian dari Belle dan NAC Collection, cantik... tapi ada beberapa pekara yang tidak sesuai, jadi akhir nya blouse biru ini jadi pilihan..


Ini lah outlet baru Slimworld di Evenue K


Terpampang gambar Wardina dan Erra Fazira diluar ..dan ini adalah salah satu gambar yang saya susun aturkan pakaian nya utk Wardina, koleksi Syahrir Nurdin pada pengambaran yang dulu...




Wardina Safia..walau penat dengan kerenah anak2 dan jadual kerja yang ketat masih boleh tersenyum dan bersemangat



Baby Elle tengah tekun untuk sentuhan terakhir ...



Ini poster "bunting" Wardina untuk pasaran di Saudi Arabia yang saya rakamkan tergantung di Outlet tersebut, gambar ini diambil pada tahun lalu, semasa ini Wardina baru lepas melahirkan anak yang kedua......



Saya bersama Karina , Pegawai Pemasaran orang kuat SLIMWORLD



Baby bersama Liza, pengacara Nona
Tengah menghafal skrip ya....


Pekerja di Slimworld tidak lepaskan peluang bergambar dengan Wardina



 
Another Blog Designed & Created By norkhairi
© All Rights Reserved