Tiada lagi ketawa riang, jenaka yang sentiasa membuat orang senang dengan beliau dan juga ramai yang tidak akan boleh lupa masakan dari air tangan beliau.. Itu lah SAHABAT KU HALIM.... Suka duka kami sentiasa bersama dulu dan kini... Selalu nya apabila ada apa jua masaalah saya lah tempat arwah berkongsi, Dan saya Redha kini menerima ketentuan ILAHI kerana tahu arwah juga begitu...tidak lagi tertanggung rasa melihat penderitaan arwah, apalagi beliau yang memikul nya.......
Arwah semasa terlantar sakit, masih boleh tersenyum walau pun sesiapa sahaja akan sebak melihat penderitan Beliau ini.....
PERGI LAH SAHABAT...TIDUR LAH DENGAN NYENYAK , BUAT SELAMA NYA... KAMI SAHABAT DAN KELUARGA MU DISINI SENTIASA MENDOAKAN SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KEATAS ROH MU DAN DILETAKKAN DISISI ORANG ORANG YANG SOLEH ......AMIN YA RABULALAMIN
Saya, arwah Halim, isteri beliau dan isteri saya, gambar ini dirakamkan betul betul sebelum beliau hendak bertolak ke Kampung beliau, Sg.Petani, Kedah untuk berubat secara kampung.......... Setahun yang lalu, minggu kedua Hari Raya Puasa.
Saya tahu arwah menahan kesedihan walau pun kami cuba membuat beliau ketawa...di dalam hati cuma dia yang mengerti....
SELAMAT JALAN SAHABAT KU.......AL FATEHA