Thursday, August 27, 2009

SELAMAT JALAN - SAHABAT KU

Selepas setahun lelah dan penat bertarung dengan penyakit misteri nya, pergi juga SAHABAT KU ini menyahut panggilan ILAHI.. Di iringi dengan hujan yang turun mencurah curah pada tanggal 26 hb September jam 9.45 malam di rumah kediaman beliau di Taman Tun Dr. Ismail , Abdul Halim Ibrahim telah pergi buat selama lama nya.......

Tiada lagi ketawa riang, jenaka yang sentiasa membuat orang senang dengan beliau dan juga ramai yang tidak akan boleh lupa masakan dari air tangan beliau.. Itu lah SAHABAT KU HALIM.... Suka duka kami sentiasa bersama dulu dan kini... Selalu nya apabila ada apa jua masaalah saya lah tempat arwah berkongsi, Dan saya Redha kini menerima ketentuan ILAHI kerana tahu arwah juga begitu...tidak lagi tertanggung rasa melihat penderitaan arwah, apalagi beliau yang memikul nya.......


Ini gambar terakhir kami semasa Hari Raya tahun lepas, kami bersama keluarga masing masing, Arwah bersama isteri beliau Shila dan tiga dari enam anak beliau, Manisha, Shahruk dan Hirtiek (arwah meminati sangat filem2 Hindi sehingga nama anak anak beliau diberi sempena dengan nama pelakon pelakon popular Hindi) Itu lah keunikan Arwah, kerana dia membuat sesuatu dengan mengikut kata hati nya sendiri.....pemikiran nya yang ringkas dan "happy go lucky"..


Arwah semasa terlantar sakit, masih boleh tersenyum walau pun sesiapa sahaja akan sebak melihat penderitan Beliau ini.....
PERGI LAH SAHABAT...TIDUR LAH DENGAN NYENYAK , BUAT SELAMA NYA... KAMI SAHABAT DAN KELUARGA MU DISINI SENTIASA MENDOAKAN SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KEATAS ROH MU DAN DILETAKKAN DISISI ORANG ORANG YANG SOLEH ......AMIN YA RABULALAMIN

Saya, arwah Halim, isteri beliau dan isteri saya, gambar ini dirakamkan betul betul sebelum beliau hendak bertolak ke Kampung beliau, Sg.Petani, Kedah untuk berubat secara kampung.......... Setahun yang lalu, minggu kedua Hari Raya Puasa.
Saya tahu arwah menahan kesedihan walau pun kami cuba membuat beliau ketawa...di dalam hati cuma dia yang mengerti....



SELAMAT JALAN SAHABAT KU.......AL FATEHA








3 comments:

  1. Innalillah.. Al fatehah..
    Sungguh sebak dan terkejut sekali mendengar berita pemergian Allahyarham Pakcik Halim yg dulunya sentiasa ceria org nya. Arwah merupakan sahabat pakteh yg paling rapat dgn keluarga kami. Sehingga sekiranya ada apa2 kenduri atau perjumpaan kekeluargaan pasti Pakcik Halim akan dijemput.. Kami akan merinduimu Pakcik Halim..
    Paling terkilan, Anna tak sempat melawat Pakcik Halim ketika terlantar di hospital. Last skali, arwah pernah menelifon Anna sambil menangis dan meminta mmaf kerana tak dapat menghadiri perkahwinan saya.. Sungguh sedih terkenangkan saat itu. Saya antara anak buah pakteh Azman yg paling rapat dgn arwah. Di bulan ramadhan ni lg lah hiba krn selalunya puasa tahun2 yg lepas, pasti berkunjung ke Baazar Ramadhan di TTDI berdekatan rumah Pakcik Halim. Pasti terjumpa dgn arwah.. Beliau sgt menyenangkan dan sering ketawa.. Semoga roh Pakcik Halim ditempatkan di samping org2 yg beriman..

    ReplyDelete
  2. Innalillah...dan Al fatehah...
    Terkejut dan bercampur terkilan mendengar berita pemergian arwah. Berita pemergiannya juga saya dapat melalui sms yang dikirimkan oleh salah seorang sahabat. SMS>>>
    Tapi yang paling terkilannya..tiada siapa yang memberitahu tentang penderitaan beliau selama itu kepada saya..kenapa yeee..??? ataupun saya ni tiada kepentingan... untuk mengetahui keadaan arwah ketika sakitnya...???
    Walaubagaimana pun yang pergi tetap pergi, bagi yang bernafas teruskan lah hidup ini dengan sebaik-baiknya.
    Untuk arwah.... ku iringi seribu doa agar sepanjang pekenalan ku bersamanya akan menjadi satu memori dan semoga ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...insyaallah...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Wawazin2009, kita hanya merancang TUHAN yang menentukan segala nya...ramai kawan rapat beliau dan saya tahu akan keadaan beliau,.saya pun heran.Mungkin kawan2 saudara yang terlepas pandang.. kalau anda kenalan beliau dan sayang kan beliau tiada apa yang perlu disesalkan, sedekah lah alfateha dan doakan yang baik2 buat arwah disana...yang pergi akan tetap pergi kita yang tinggal ni muhasabah lah diri, waallahhualam

    ReplyDelete

 
Another Blog Designed & Created By norkhairi
© All Rights Reserved