Ibarat : ''White House, Capitol Hill yang dikeliling bunga2 Tulip segar buat sementara pada musim nya"
Tuesday, May 26, 2009
TERIMA JE LAH
Thursday, May 21, 2009
Lawatan mengejut EMIR OF QATAR
Hari rabu lepas dalam perjalanan ketempat kerja (KLCC) saya dikejutkan dengan panggilan talipon dari office, mengatakan Boss no1 kami akan membuat lawatan ke office. Kelangkabut di buat nya sebab saya masih dijalan, tersangkut dengan kesesakan jalanraya dan dia nya akan sampai dalam masa 1jam dari waktu itu....tapi tau lah macam mana K.L punya sesak waktu pagi pagi gini... 1 jam belum tentu bolih sampai kalau dari Jalan Duta Tol ke KLCC.....nampak macam dekat je....tapi kalau nasib tak baik dekat 2 jam kadang2 sangkut.
Nasib saya kira baik lah hari tu... saya sampai di KCCC betul betul 15 minit sebelum pukul 9.. Lega......Seram juga kalau lambat kerana yang nak datang ni "tuan tanah"......Tuan punya Aljazeera English dan Aljazeera Arabic baginda juga adalah Emir Of Qatar , Yang Amat Mulia Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani.. Baginda di temani oleh Pemaisuri Sheikha Mozah Nasser Al-Missned.
Penuh bergaya...elegant sekali kan?
Tetamu VVIP
Berapa lah agak nya harga rantai Mutiara yang di pakai Permaisuri Sheikha
tu ya......Mutiara campuran, ada warna biru,hitam,putih dan kelabu.. Nampak
eksklusif sekali..
Monday, May 18, 2009
Sepanjang Musim Indah Yang Mulai Berlalu
Saya gembira dan bersyukur dengan apa yang ada..... juga segala anugerah kurnian NYA kepada saya, yang selama ini saya kongsikan bersama dengan yang perlu... walau pun ada yang tidak mampu untuk diteruskan kerana faktor masa dan tumpuan pada keluarga juga beban kerja..tetapi ia nya tidak akan sesekali saya tinggalkan ..akan saya teruskan. Hanya menunggu masa yang sesuai dan benar benar bersedia kerana ia bukan pekara main main, kerana ia memerlukan satu lagi pengorbanan yang akan melibat apa yang saya katakan tadi.......
Misal nya minat saya terhadap Budaya Melayu, terutamanya Seni Persembahan(Tari) tiada dua nya, masih tersemat di hati dan mengalir di jiwa, kerana ia pernah singgah dan menjadi makanan harian saya. Bagaimana dapat saya pisah kan ia dari saya kerana ia nya sudah menjadi sebahagian dari kehidupan .. seperti pasangan bercinta, BERPISAH BUKAN NYA BERCERAI.....
Nanti kalau ada kelapangan akan saya bercerita lanjut akan penglibatan saya dalam bidang yang saya kasihi ini......SENI TARI

Thursday, May 14, 2009
Ogy dalam Telemovie "Kerana Kasih"
slot Cerekarama TV3....Seronoklah buat peminat2 Akak Ogy kita ni.. bukan senang untuk
kita dapat menikmati lakonan nya sekarang...
kalau ada pun mesti cerita nya bagus dan jalan
cerita nya yang kuat, jadi apa lagi?:" mesti tonton
ni........
Dengar nya Telemovie ini akan disiarkan pada 30 Mei ni, macam biasa pada hari sabtu jam 10 malam la..................
Tonton lah bersama seisi keluarga kerana dijamin puashati dan banyak pengajaran nya untuk anak anak yang kurang memahami pentingnya mendalami perasaan kedua ibubapa.
diri sendiri...........
keretakan rumahtangga nya.....
Sepanjang pengambaran, salah satu babak
Ini pula kata Amiza (dalam nada serbasalah) :
"Tak Kak, Amiza tak nak....tampar angin je ya"
Tuesday, May 12, 2009
Buat Mu "IBU"
Kasih nya Ibu membawa ke Syurga
Tiada duanya........

Curahan kasih mu sesejuk air dikali
Setiap detik berkumpul........
Melebar menjadi sungai sungai besar
Sederas arus begitu jua Kasih sayang mu
Mengalir dicelah celah kedukaan Pilu...
Menghempas didamparan batu keras kehidupan
Tapi... kau masih begitu..
Tiada ada yang dapat menghalang kasih mu
Kerana satu....KAMI ANAK ANAK MU
Ibu... kau tetap dihati
Bersemadi disitu bersama kenangan semalam
Yang tidak pernah pudar dimamah musim yang berlalu
Jua ombak badai yang memukul.....
Utuh dah teguh dijiwa, mengalir disetiap urat saraf kami
Kasih sayang mu.......
Sayu dan hiba mengenangkan kau telah tiada
SELAMAT HARI IBU.......MAK
Wednesday, May 6, 2009
TEAM ARTISTIK - Azman Razali's Artistic.... make up class
BELLE - Pakaian formal dan pejabat
Dalam Telemovie ini Ogy akan memegang watak Aida, seorang janda beranak tiga yang berjaya dalam kerjaya nya, tapi tidak kesampaian cinta kali kedua nya. Beliau memilih kehendak anak anak dari perasaan Cinta nya sendiri...Sedih jugak cerita nya kerana ia nya berkisar tentang pergolakan perasaan Aida dengan anak anak nya.
Nanti ada kelapangan...... saya akan sambung lagi cerita di belakang tabir pengambaran ini