Hari rabu lepas dalam perjalanan ketempat kerja (KLCC) saya dikejutkan dengan panggilan talipon dari office, mengatakan Boss no1 kami akan membuat lawatan ke office. Kelangkabut di buat nya sebab saya masih dijalan, tersangkut dengan kesesakan jalanraya dan dia nya akan sampai dalam masa 1jam dari waktu itu....tapi tau lah macam mana K.L punya sesak waktu pagi pagi gini... 1 jam belum tentu bolih sampai kalau dari Jalan Duta Tol ke KLCC.....nampak macam dekat je....tapi kalau nasib tak baik dekat 2 jam kadang2 sangkut.
Nasib saya kira baik lah hari tu... saya sampai di KCCC betul betul 15 minit sebelum pukul 9.. Lega......Seram juga kalau lambat kerana yang nak datang ni "tuan tanah"......Tuan punya Aljazeera English dan Aljazeera Arabic baginda juga adalah Emir Of Qatar , Yang Amat Mulia Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani.. Baginda di temani oleh Pemaisuri Sheikha Mozah Nasser Al-Missned.

Bendera yang berwarna cokelat,putih tu adalah Bendera Qatar

Menanti dengan penuh kesabaran

Ini lah dia..., yang ditunggu dah tiba.Tengok tu Pemaisuri Sheikha Mozah..
Penuh bergaya...elegant sekali kan?

Emir Of Qatar, Baginda
Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani menanda tangani buku
Tetamu VVIP

Giliran
Permaisuri Sheikha Mozah Nasses Al-Missned pula.....

Baginda berdua kelihatan mesra dan seronok dengan kunjungan ini.
Berapa lah agak nya harga rantai Mutiara yang di pakai Permaisuri Sheikha
tu ya......Mutiara campuran, ada warna biru,hitam,putih dan kelabu.. Nampak
eksklusif sekali..

Baginda berdua mendengar penerangan dari Marcus Cheek, Senior Program Editor

di bilek berita

Serius betul.....Apa lah agak nya yang difikirkan

Lagi reaksi Baginda

Yang Mulia Raja Nong Cik, Menteri Wilayah Persekutuan juga mengiringi Baginda.
Dan nampak nya semua berpuas hati dengan lawatan ini........

Veronica juga memberi sedikit penerangan tentang Siaran Langsung Berita,
bagaimana proses nya dan masalah yang mungkin dihadapi semasa
siaran berlangsung....

Bersungguh betul Veronica Pedrosa...... bagi Boss faham betul betul ya..

Penuh gaya.....
Lebih kurang setengah jam lawatan, berangkat lah Baginda berdua pulang.
Baginda berdua terpaksa bergegas ke acara lain pulak.

Akhir nya..... dapat juga bersalam tapi sedih nya sudut kemera
tidak mengizin kan saya untuk kelihatan..sedih sedih
No comments:
Post a Comment