Sunday, February 26, 2012

AYAM HITAM MASAK KANDAR - "Selera D' Rantau"

Di penghujung malam ..dengan cuaca sejuk di Doha ni kita panaskan dengan entry resepi "Ayam HITAM Masak Kandar" khas yang akan saya kongsikan bersama, yang istimewa nya resepi ni saya dapat dari Bapak Mertua saya, Encik Othman Mohideen...dengar nama pun pasti semua dah bolih agak apa keturunan Bapa mertua saya ini...Mamak tapi bukan Penang mari!! tapi Mamak Selangor..lahir di Banting...




Apabila bercakap pasal masakan stail mamak India ni..wajah bapa mertua saya akan sentiasa menjelma, sebab memang dia lah org yg bertanggung jawap mendekatkan saya akan masakan stail mamak India ini..memang kepakaran beliau tidak bolih di sangkal, bekas tukang masak Restoran Yassin, Jln Tuanku Abdul Rahman pada tahun 80an dulu...Kalau yang tau, Restoran Yassin ni famous dengan Nasi Beraini berempah nya..wangi dan sedap sangat...sempat lah saya merasa zaman tu...sekarang dah tutup..

Kalau nak tau geng geng tukang masak bapak mertua saya lah pencetus fenomena ke Restoran Insaf, Jalan Tuanku Abd Rahman sekarang, apabila dia org beralih arah ke sana pada awal 90an... cerita Bapa mertua saya lah..

Masakan ini saya masak semasa pertama kali menjejaki kaki di Doha...di rumah rakan saya Irma...sian tengok dia org dah 4,5 bulan sampai dari Malaysia jadi belum dapat rasa masakan yg kow kow Malaysian...jadi saya masak kan lah, Seronok rasa nya apabila tengok semua berselera makan...masakan ni saya anggarkan untuk lebih kurang 6 org makan...

Ini lah resepi nya ( kalau rasa apa yg kurang pandai pandai lah betulkan).....


Bahan bahan nya :

Goreng dulu :-
Ayam - seekor (yang sederhana kecil) di potong 8
Serbuk kunyit - sedikit (untuk dilumur pada ayam)
Garam - secukup rasa (dilumur pada ayam)

Goreng ayam yang telah dilumurkan kunyit dan garam dengan api yang sederhana...ayam jangan terlampau garing.. setelah masak, angkat dan ditoskan. Ketepikan dulu.

Bahan tumisan dan kuah(sos):-
1. Bawang besar - 2 biji (sederhana besar) - di kisar atau tumbuk
2. Bawang putih - 6 ulas (besar) - di kisar atau tumbuk
3. Halia - 2 inci - di mayang halus
4. Cili giling(boh) - 6 sudu makan
5. Rempah kari daging - 6 sudu makan
7. Lada hitam - - 2 sudu makan - ditumbuk
8. Serbuk ketumbar - 1 sudu makan
9. Kicap lemak manis - 1/2 cawan
10.Kulit kayu manis - 2 potong
11.Bunga Lawang - 6 biji
12.Bunga cengkih - 10 biji
13.Daun Kari - 10 helai
14.Daun Ketumbar - segenggam (separuh disiat siat, separuh lagi untuk hiasan)
15.Daun Pandan - 2 helai
16.Air asam jawa - 1/2 cawan
17.Buah Tomato - 2 biji (Sederhana besar dan dipotong 4)
18.Minyak masak - 1/2 cawan
19.Air - 1/3 cawan

Cara masak nya :-
Dimulakan dengan panas kan minyak di kuali, setelah minyak panas masukkan daun pandan dan Bunga lawang,cengkih dan kulit kayu ,manis...
Apabila naik bau dan wangi masukkan pulak bawang besar sekejap kemudian bawang putih, halia dan daun kari...goreng sampai keemasan.
Kemudian masukkan cili giling dan kacau rata.. apabila cili dah mula masak, kecil kan api sedikit dan masukkan pula serbuk kari,serbuk ketumbar dan lada hitam, kacau hingga masak dan rata.
Kemudian masukan pula air,..air asam jawa dan kicap...kacau rata hingga pekat sedikit dan masukkan buah tomato, daun ketumbar dan garam secukup rasa..

Akhir sekali apabila tomato dah lembut sedikit masukkan ayam yang telah digoreng tadi, kacau rata sehingga ayam dan kuah sebati dan pekat.. bolih lah diangkat, taburkan daun ketumbar yg telah dicarik carik tadi dan dihidangan..

"AYAM HITAM MASAK KANDAR"









AzRaz,Doha.....

2 comments:

  1. Abg Man... Nak recipe N.Beriani plssssss.... >.< Lepas tdokan Ian nk cari ayam! hehee..

    ReplyDelete
  2. Nak makan ngan Ayam ni ke?? buat nasi minyak lah..lagi sesuaidgn Ayam masak hitam ni..lagi pun nasi beriani belum katam..I tulis ringkas je ya

    4 cawan beras mati, dibasuh dan tos kan..ketepikan..panaskan periok dengan minyak Sapi dalam 6 sudu makan..minyak panas masuk kan rempah 3 beradik(tanya mak anna)..daun pandan..dah wangi masuk kan bawang merah(dlm 4 ulas, ditumbuk), bawang putih(dlm 2 ulas,di tumbuk)n halia(1/2 inci,yg d mayang)..agak masak, masuk beras yg d tos tadi, kacau..masukkan susu cair 1/2 tin, kacau dan tambah air ikut mcm kita nak masak nasi biasa,masuk garam dalam 3 sudu teh(kecik tau..)kacau..dan alihkan ke rice cooker..masak lah mcm biasa..jgn lupa on kan rice cooker tu..hehehe..habuk pun tak dak nanti...nasi dah masak..taburkan kismis dan hidangkan dengan taburan daun ketumbar..senang kan!!! SORI,,nak cepat.. nanti Abg Man bagi entry yg proper ya..

    ReplyDelete

 
Another Blog Designed & Created By norkhairi
© All Rights Reserved