Wednesday, April 29, 2009

Lawatan Tun Mahathir

Ini bukan pertama kali saya berjumpa dengan YAB Tun Dr Mahathir semasa bertugas, sudah ada beberapa kali juga saya ditugaskan untuk merapikan beliau iaitu semasa saya di TV3 sebanyak tiga kali dan dua kali semasa saya diNTV7.
Pertama kali dulu agak gementar jugak, ialah semasa itu beliau masih Perdana Menteri kita dan
saya pula baru bertugas diTV3 sekembali nya saya dari Yogjakarta, Indonesia. Dan terpaksa meminjam tie di Bilek Pakaian TV3 kerana semua yang bertugas untuk itu dimestikan berpakaian kemas...Itulah pertama kali nya saya memakai tie...

Dan dengan tidak secara lansung kerana tugasan tugasan tersebut dapat lah juga saya menjeguk dan melawat Kediaman beliau di "Seri Perdana", Parlimen, Pejabat beliau dan rumah kediaman beliau di Mines... Rasa beruntung sangat dan bangga kerana saya juga amat mengkagumi beliau dan saya dapat rasakan yang Aura kepimpinan beliau itu sangat tinggi apabila berada dekat dengan beliau dan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut beliau akan membuat otak kita bergerak dan berfikir...........

Baru baru ini beliau membuat kunjungan ke Studio kami di KLCC, dan sesuatu yang menarik adalah kerana saya bertemu beliau setelah beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri dan saya tidak lagi berkerja diTV tempatan. Maksud nya kami bertemu di gelombang Antarabangsa....

Beliau tetap seperti dulu....berkarisma dan bersemangat apabila mengeluarkan pendapat...
Untuk sesi temubual Berita ini beliau ditemuramah oleh Veronica Pedrosa..

Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir

Penyampai Berita (Anchor) Veronica Pedrosa

KENANGAN ....dan bila agak nya lagi saya dapat bertugas untuk beliau lagi

ABADI...... Saya juga pernah menyolek Tun Dr Siti Asmah sekali, di kediaman beliau semasa saya bertugas di NTV7...Dan layanan beliau terhadap kami sangat lah baik. Saya masih ingat...beliau menghidangkan kami makanan tengahari yang sungguh istimewa dan kami makan bersama sama. Budi baik dan layanan kedua suami isteri ini saya tidak akan lupa selama lama nya..........Terima kasih TUN berdua.

No comments:

Post a Comment

 
Another Blog Designed & Created By norkhairi
© All Rights Reserved