Tuesday, April 21, 2009

TITIK MULA "SEKAPUR SIREH"


Syukur kehadrat ILLAHI.... menjadi sesuatu yang menyentuh jiwa dengan lahir nya BLOG saya ini, yang bolih dianggapkan kenangan kenangan dari saya untuk semua. Sambil kita berkongsi pengalaman dari setiap detik kehidupan dan mungkin dengan tidak secara langsung bolih memberi INFO yang sangat berguna pada pembaca semua.

Terima kasih kepada Madno, dengan murah hati mereka Blog saya ini dengan cantik sekali...semoga di murah kan rezeki dan dikurniakan anak anak yang comel (masih merah inai di jari ya...) Madno ni adalah suami kepada anak saudara saya Anna Mafiza, pasangan yang sangat baik hati (Pak Teh sentiasa mendoakan kebahagian anda berdua....)

Kepada juga yang mengenali saya, saya mengucapkan selamat melayari blog ini.. mana tau anda juga berada didalam photo2 yang tertera disini.... komen la apa yang patut.

Kepada pelanggan2 saya, jangan malu malu....sila la sila menjamu mata, kalau ada yang berkenan cepat2 blok dan hubungi saya. Saya akan pastikan tiada yang kecewa...

Kepada rakan rakan sekerja(Artistik Solekan,Pakaian,Penyelaras perkahwinan dan Tari),mungkin blog ini akan menjadikan kita semakin intim dan sentiasa terkini. Fedback anda sangat2 dihargai. Jadi kan lah laman ini sebahagian dari anda.

Kepada pelajar dan rakan2 baru yang ingin menjinak jinak kan diri dalam bidang diatas, bolih juga mencuci cuci mata disini... Tidak la mengatakan saya ni pandai tapi setelah jatuh bangun dan berlari selama lebih 20 tahun dibidang ini, jadi bolih lah juga kalau ada yang ingin minta pandangan. Itu pun kalau keadaan mengizinkan..tapi saya akan mencuba mencari ruang.

No comments:

Post a Comment

 
Another Blog Designed & Created By norkhairi
© All Rights Reserved