Wednesday, April 29, 2009

Dimana Azman Razali.......???

Saya berada dan bekerja sepenuh masa di SINI sekarang, Selepas NTV7,TV3 dan berkerja sambilan di program2 ASTRO, RTM,BERNAMA TV. Mencuba nasib dan sambil menimba pengalaman.... Disini cabaran nya hanya satu...... Bagaimana menyesuaikan segala skil dan pengalaman yang ada untuk memenuhi harapan yang tinggi dari dunia TV Antarabangsa......

Di meja kerja saya.........

Senang..... kerana Monitor ada untuk rujukan.

Wan N, di Bilik Pakaian sambil saya memeriksa apa yang patut

Disini hanya saya dan Wan N sahaja yg berkerja sepenuh masa,
Dan Baby Elle, Kay Rohani dan Lan Along sebagai freelancer.....

Ini Studio 1 kami.... Berita sedang berjalan dan Penyampai nya ada lah
Teymoor Nabili.......

Teymoor Nabili


News Room

Ini pula Harry Fawcett dari London

Rakan sekerja... Azmi, membantu floor untuk "Prompter Roller"

Rakan sekerja.... Azah, yang akan menyambut kedatangan tetamu

Lawatan Tun Mahathir

Ini bukan pertama kali saya berjumpa dengan YAB Tun Dr Mahathir semasa bertugas, sudah ada beberapa kali juga saya ditugaskan untuk merapikan beliau iaitu semasa saya di TV3 sebanyak tiga kali dan dua kali semasa saya diNTV7.
Pertama kali dulu agak gementar jugak, ialah semasa itu beliau masih Perdana Menteri kita dan
saya pula baru bertugas diTV3 sekembali nya saya dari Yogjakarta, Indonesia. Dan terpaksa meminjam tie di Bilek Pakaian TV3 kerana semua yang bertugas untuk itu dimestikan berpakaian kemas...Itulah pertama kali nya saya memakai tie...

Dan dengan tidak secara lansung kerana tugasan tugasan tersebut dapat lah juga saya menjeguk dan melawat Kediaman beliau di "Seri Perdana", Parlimen, Pejabat beliau dan rumah kediaman beliau di Mines... Rasa beruntung sangat dan bangga kerana saya juga amat mengkagumi beliau dan saya dapat rasakan yang Aura kepimpinan beliau itu sangat tinggi apabila berada dekat dengan beliau dan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut beliau akan membuat otak kita bergerak dan berfikir...........

Baru baru ini beliau membuat kunjungan ke Studio kami di KLCC, dan sesuatu yang menarik adalah kerana saya bertemu beliau setelah beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri dan saya tidak lagi berkerja diTV tempatan. Maksud nya kami bertemu di gelombang Antarabangsa....

Beliau tetap seperti dulu....berkarisma dan bersemangat apabila mengeluarkan pendapat...
Untuk sesi temubual Berita ini beliau ditemuramah oleh Veronica Pedrosa..

Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir

Penyampai Berita (Anchor) Veronica Pedrosa

KENANGAN ....dan bila agak nya lagi saya dapat bertugas untuk beliau lagi

ABADI...... Saya juga pernah menyolek Tun Dr Siti Asmah sekali, di kediaman beliau semasa saya bertugas di NTV7...Dan layanan beliau terhadap kami sangat lah baik. Saya masih ingat...beliau menghidangkan kami makanan tengahari yang sungguh istimewa dan kami makan bersama sama. Budi baik dan layanan kedua suami isteri ini saya tidak akan lupa selama lama nya..........Terima kasih TUN berdua.

Monday, April 27, 2009

Baju Kahwin Fida -wedding

Pakaian Rafidah berwarna hijau "Zaiton masak" ini menggunakan taknik sulam tampal diatas kain satin. Saya menggunakan kain les Korea berwarna Kundang muda, ditampal dan dijahit manik dan batu2 permata tiruan keatasnya (supaya nampak kontras dan kelainan nya). Tugas menyulam batu dan manik2 ini saya serahkan kepada yang pakar....iaitu isteri saya tercinta.


Pelamin memang saya rekakan ia polos dan cerah, supaya Kedua mempelai nampak terserlah tidak tenggelam dek pelamin yang sarat warna nya..... Dan dilakari dengan bunga2 tiruan berwarna pink supaya ia kelihatan manis dan sedondon.....


Unik pakaian ini kerana Jo memakai warna baju yang kontras dengan Songket sampin dan Tanjak nya, untuk diselarikan dengan pakaian Fida........ Pakaian pengantin lelaki di jahit oleh Kak Comel (sudah 27 tahun saya mengenali Kak Comel) dan pakaian pengantin perempuan dijahit oleh Syahrir Nurdin....




Fida semasa majlis Akad Nikah nya, berpakaian Kurung moden Les Korea berwarna "Gading Gajah". Sederhana sahaja....




Gambar yang unik ini dirakamkan dipekarangan Mesjid DiRaja Bandar, Banting. Cantik kan? Beruntung mereka kerana rumah mertua saya terletak di kampung tersebut, Kg. Bandar.....

Mesjid tertua di Selangor ni, tidak salah saya adalah mesjid pertama dibina di Selangor oleh Almarhum Sultan Alaeddin....


Fida dibilek peraduan pengantin, saya dirikan bingkai yang dibaluti dengan kain berwarna krim untuk dijadikan "backdrop"dan dihiasi dengan bunga2 hidup yang berasaskan warna pink.

FIDA -Wedding

Majlis perkahwinan Rafidah ini, sangat istimewa buat saya bukan kerana dia adik kepada isteri saya sahaja tapi juga kerana dia adalah anak perempuan terakhir dalam keluarga isteri saya. Jadi majlis beliau di buat dengan lebih teratur dan berkonsep. Saya dengan senang hati membantu apa apa yang patut, memandang kan mertua saya tahu akan bidang kepakaran saya jadi banyak perkara diserahkan kepada saya. Dan tidak adil bagi Fida(nama manja beliau) jika saya tidak terlibat dan memberi sentuhan peribadi saya kerana semua adik ipar saya seramai tiga orang sebelum ini, saya juga yang membantu.


Rafidah Bt Othman..ini lah sentuhan dan hadiah perkahwinan dari Abg Long, semoga ia nya menjadi satu kenangan sampai ke akhir hayat, Doa akan kebahagian yg abadi buat kamu dan Jo.



Friday, April 24, 2009

Sentuhan Raja Sehari


Penglibatan saya dalam dunia Raja Sehari ini, mendahului bidang2 lain yang saya ceburi. Dari teragak agak dengan hasil kerja pada pertama kali nya,untuk majlis pertunangan kakak saya(semasa itu saya berumur 17 tahun) hingga lah kehari ini ,masih ada lagi rezeki untuk saya dibidang ini...alhamdullilah
Dan tidak pernah jemu kerana saya percaya akan "Kasih nya saya pada Budaya itu tiada Batas nya dan tidak akan ada penghujung nya..."

DEWI KASTURI... wedding



Hanim membantu saya menyolek Mona, kerana saya ada pengantin lain untuk diuruskan.. Mona sekarang di Dubai, dan kain2 untuk baju pengantin Mona semua nya dari sana.









Konsep pakaian Mona direka khas mengikut kain yang beliau sudah beli dan kami berbincang bersama untuk mendapat sesuatu yang bermakna untuk hari bahagia beliau. Syahril Nurdin membantu menghasilkan pakaian yang diidam idam.....Dan hasil nya eksklusif sekali......


Maria suka kalau di hari bahagia beliau disulami
dengan pakaian Tradisi Melayu, jadi untuk itu
saya mencadangkan kedua dua pakaian ini..






Maria memakai pakaian Tradisional pengantin Melaka dan pakaian penari Menora Kelantan.,,,.





Antara gubahan bunga di majlis perkahwinan Anna Mafiza
dan Madno.....















Madno adalah orang yang bertanggung jawap atas terhasil nya BLOG ini, dan kemera hadiah dari Anna Mafiza buat saya juga lah yang menghasilkan gambar2 dalam blog saya ini...

Thursday, April 23, 2009

Goldkartz - video klip "Sher punjabi"

Solekan Diva untuk Main Talent, anak kepada
Jurutari video klip ini



scene ini dibuat di dalam garaj kereta

Kumpulan ini adalah terdiri daripada dua adik beradik



Kereta Ferrari ini di jadi kan salah satu prop untuk pengambaran



Ini lah my good friend Hanif, pengarah nya....serba hitam


Nadia(angah) anak sedara kepada Baby juga membantu,
Make up artis harapan kata nya..................


Skrin hijau digunakan untuk efek Kromake...mcm scene
Superman terbang tu.....


Ini lah dia Jurutari untuk vedio klip ini, bolih tahan.
Anak dia ni lah yang jadi main model tu....


Sempat lagi Kay make up diri sendiri dulu...imej kena jaga ya tak!!!



Salah seorang model yang terlibat...


Apabila Hanif(ex TV3, NTV7) talipon saya dan meminta saya menolong beliau untuk video klip kumpulan Goldkartz ini, tertanya tanya didalam hati. Siapa kah mereka ini dan artis luar negara ke?? mana tau artis Bollywood ke... sebab mereka ini berbangsa Punjabi ala ala Hindustan gitu.... Rupa nya mereka artis dari Malaysia. Seronok juga, satu pengalaman baru...
Hanif sendiri akan mengarah video klip ini...Hanif ada lah rakan saya diTV3 semasa di Jalan Liku, Bangsar lagi. Semasa itu Hanif masih di bahagian Grafik sebagai "pereka grafik". dan bersama sama di NTV7 sebelum masing masing membuat haluan sendiri.
Sekarang Hanif satu nama besar dan berjaya dengan kerja kerja nya. Terima kasih Nip kerana masih ingat kawan kawan....
Terpaksa lah ambik cuti lagi, sebab peluang dan pengalaman ini bukan datang selalu, Buat je la.
Untuk membantu saya, sekali lagi memilih Baby Elle dan Kay Rohani, memandang mereka juga semasa itu free,tiada lagi yang booking....
Rakaman untuk video ini mengambil masa selama 4 hari. Pening jugak kepala kerana tidak cukup tidur, pukul 3,4 pagi baru sampai rumah.. hari akhir rakaman lagi teruk, dari pukul 5 petang sehingga besok nya pukul 12 tengahari baru habis..Tapi apa nak buat memang itu lah harga yang kita kena bayar sebagai seorang anak seni....


BUTIK SYAHRIL NURDIN-


Fir sentiasa ada membantu kalau Syahrir tiada di Butik

Antara koleksi2 yang terdapat di Butik beliau...


Semalam selepas kerja saya terus ke Shah Alam ke Butik Syahrir Nurdin untuk menghantar balik baju tajaan beliau untuk Wardina yang dipakai semasa Photoshoot Slimworld hari tu..
Butik Syahrir berada di Plaza Shah Alam, bersebelahan Concorde Hotel. Tapi sayang nya Syahrir keluar...tak ada kat Butik.

Syahrir ini memang banyak membantu saya dan kerja saya, bukan senang untuk cari penaja sebenar nya. Tapi Syahrir selalu ada kalau saya memerlukan. Banyak hasil kerja nya selain dipakai oleh customer biasa juga oleh orang2 ternama dan VIP. Artis juga tidak terkecuali, seperti Ogy Ahmad Daud, Linda dan Diana Rafa. Dan baru baru ini beliau juga terlibat dengan perkahwinan Arni (Bekas isteri Awie Wing), di Kuatan.
 
Another Blog Designed & Created By norkhairi
© All Rights Reserved